22 Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz Yang Menonjolkan Watak Sebenar Pasangan Pengantin

22 Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz Yang Menonjolkan Watak Sebenar Pasangan Pengantin

Jangka masa lapan tahun bukanlah masa yang singkat namun bagi pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse,dia dan kekasih, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli berjaya menyembunyikan kisah percintaan mereka dengan baik daripada pengetahuan media mahupun peminat.

Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Selepas sembilan tahun menyulam cinta, pelawak popular Jihan Muse dan pelakon Ungku Hariz sah bergelar suami isteri.

Dengan sekali lafaz Jihan bergelar isteri kepada Ungku dalam sebuah majlis pernikahan ringkas di Laman Kayangan, Shah Alam, tepat jam 3.20 petang Ahad.
Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz di Shah Alam

Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz di Shah Alam

Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz di Shah Alam

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, dinikahkan bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz bersaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki, bapa Ungku Hariz Ungku Mohamed Fadli, adik-beradik dan keluarga terdekat.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan saling berbalas lima dulang hantaran. Bagaimanapun, pasangan pengantin merahsiakan jumlah wang hantaran.

Hantaran dan Mas Kahwin Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.
Jemputan Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Jemputan Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Jihan berkata, dia bersyukur dan teruja kerana hubungan yang terjalin sejak 2007 berakhir ke jinjang pelamin pada hari ini.

“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya (majlis) berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat akhir kerana kesibukan kami berdua dengan komitmen kerja.

“Saya berharap perkahwinan akan berkekalan ke akhir hayat kami dan diberkati. Walau kami sudah lama berkawan masih banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari selepas berkahwin.

“Kami percaya tolak ansur dan musyawarah sangat penting dalam setiap perkara yang kami lakukan,” katanya.

Majlis Akad Nikah Jihan Muse Dan Ungku Hariz Yang Menonjolkan Watak Sebenar Pasangan Pengantin

Pada majlis itu, pasangan pengantin memakai busana rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Saidatul Nisa dan BoscoRyzal.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik rekaan busana dari Man Kajang dan solekan, Deqsha akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

Comments

  1. Jihan nie tak lawa mana pun, cuma sekarang nie dia lebih pandai bergaya..ada baiknya dia kekalkan imej sederhana seperti masa awal awal kemunculannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda