5 Tip Untuk Pemakai Baju Kemeja Supaya Tampak Berkeyakinan dan Stylo

5 Cara Betul Pakai Baju Kemeja

Tidak semua lelaki suka mengenakan baju kemeja terutama sekali apabila pekerjaan mereka melibatkan banyak aktiviti luar berbanding di dalam pejabat. Maklumlah kemeja bukan jenis pakaian yang menyerap peluh dengan baik. Kalau lelaki yang ada masalah berpeluh dan bau badan mesti segan nak pakai baju kemeja. 

Namun ada juga yang selesa kerana baju kemeja membina keyakinan diri kepada pemakai kalau anda tahu 5 tip pakai baju kemeja agar anda kelihatan berkeyakinan dan stylo.

Jangan tak tahu ada ramai perempuan yang suka lelaki berkemeja walaupun bukan di majlis yang formal. Bagi mereka yang diwajibkan memakai baju kemeja semasa ke tempat kerja atau menghadiri majlis formal. Hari ini kami nak bantu anda kelihatan berkeyakinan dan stylo walaupun anda bukan peminat baju kemeja.

Tip 1: 
Pakai baju singlet bewarna grey di belah dalam jika memakai baju kemeja berwarna putih. Jika ingin memakai baju kemeja bewarna putih, pastikan pakai baju kemeja bewarna grey di belah dalam. Ini kerana warga grey akan lebih ‘matching’ dengan tona kulit.
5 Cara Betul Pakai Baju Kemeja

5 Cara Betul Pakai Baju Kemeja

Tip 2:
Lipat separuh sebelum lipat penuh. Untuk lipatan lengan yang sempurna, lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya dengan penuh supaya lipatan kelihatan lebih kemas.

Cara Betul Lipat Lengan Baju Kemeja

Cara Betul Lipat Lengan Baju Kemeja

Tip 3:
Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum ‘tuck in’.Tarik lebihan baju ke bahagian sisi belakang sebelum memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Jika tidak, baju kemeja akan nampak menggelebeh.
Cara Betul Tuck In Baju Kemeja

Cara Betul Tuck In Baju Kemeja


Cara Betul Tuck In Baju Kemeja

Tip 4:
Kemeja yang panjang untuk ‘tuck in’, kemeja yang pendek untuk ‘tuck out’. Kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang panjang direka untuk dimasukkan ke dalam seluar manakala kemeja yang mempunyai bahagian bawah yang pendek direka untuk dibiarkan sahaja di luar. Jadi jangan tersilap ya :-)

Kemeja Bawah Panjang Untuk Jenis Tuck In

Kemeja Pendek Bawah Untuk Tuck Out

Tip 5:
Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak. Ruang kecil di bahagian bahagian kolar baju bertujuan untuk “collar stays” (plastik yang diletakkan di bahagian kolar). Jadi, jangan buang dan pakainya supaya kolar anda kelihatan lebih formal dan tidak royok.

Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak


Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak

Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak

Tak faham lagi atau kurang jelas? Ok boleh tengok video dibawah 5 tip untuk kelihatan berkeyakinan dan stylo dengan baju kemeja 

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda