Cara Hapuskan Kesan Kuning Pada Ketiak Baju Dengan 2 Bahan Sahaja Rugi Kalau Tak Cuba

Bila dah bergelar isteri dan ibu, tak sah satu hari kalau tiada pakaian yang tak menempel dengan kotoran. Tambah lagi bila anak sudah mula sekolah nak membersihkan baju sekolah yang berwarna putih itu memang satu hal.

Cara Hapuskan Kesan Kuning Pada Ketiak Baju Dengan 2 Bahan Sahaja Rugi Kalau Tak Cuba

Tapi satu lagi kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan. Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret suami.

Biasanya kalau guna deodorant, baju mesti jadi mangsa. Tambah pula kalau anda pakai baju warna putih, lagi berisiko. Bahan deodorant akan melekat dan jadikan baju di bahagian ketiak anda berwarna kuning. Kalau pakai baju berwarna gelap ok lagi kan, tapi kadang tu memang ada tempat kerja digalakkan pakai baju berwarna cerah. Lagipun siapa yang nak pakai baju warna gelap ke tempat kerja hari-harikan. Teringin juga untuk menambah keyakinan tapi risau pula bahagian ketiak baju yang berubah warna kuning tu!

Inilah yang akan rosakkan penampilan anda, nak angkat tangan pun agak segan. Kadang walau dicuci, kesan kuning tetap ada. Tak kan nak beli baju baru setiap kali masalah ini berlaku mahu kering poket tiap-tiap bulan tukar baju. 


Jadi hari ini kami kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun. Kalau dah sental-sental tak hilang juga ikut petua ini. So simpan artikel ni okay.

Ok, kali ini anda mungkin boleh guna cara yang sangat mudah untuk hapuskan kesan kuning di baju. Hanya satu bahan iaitu sediakan cuka!

Cuba semak sini caranya:

1. Campurkan cuka makan dan air dengan menggunakan nisbah 3:1.
2. Kemudian ambil campuran cuka dengan span kering dan gosokkan di bahagian kesan kuning.
3. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.
4. Agak nampak masih kurang bersih, ulangi cara yang sama.
5. Jika masih kurang bersih, rendam bahagian yang kuning dalam air cuka
6. Kemudian anda boleh mencuci baju seperti biasa dengan sabun dan terus keringkan seperti biasa. 

Selamat mencuba!
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda