Cara Merawat Kencing Kotor Yang Kerap Berlaku Pada Ibu Mengandung

Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai uretra (salur kencing) yang pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus). Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. 

Cara Merawat Kencing Kotor Yang Kerap Berlaku Pada Ibu Mengandung

Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. Pada masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat. 

Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. Malah air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria lebih mudah membiak. 


Oleh sebab faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti kencing kotor. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ini ialah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. 

Bayi yang dikandung juga mengalami kesan teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.

Punca kencing kotor:
  • kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur bergerak menuju ke pundi kencing, ia membiak dan terus ke buah pinggang
  • tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar
  • hubungan seks yang menyumbang kepada jangkitan salur kencing, iaitu kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor
  • memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu

Gejala / Tanda-tanda kencing kotor:
  • rasa kerap mahu kencing
  • rasa pedih dan sakit semasa kencing
  • rasa tidak puas kencing
  • rasa tidak dapat menahan kencing, walaupun kuantiti air kencing itu sedikit
  • air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk
  • rasa sakit ketika melakukan hubungan seks
  • demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang
  • sakit pinggang, demam, loya dan muntah

Cara Cegah Kencing Kotor:
  • minum air yang cukup dan jangan menahan kencing (bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing supaya bakteria dibuang melalui air kencing)
  • pastikan kebersihan bahagian kemaluan dijaga dengan sempurna
  • jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang untuk mengelakkan pergerakan bakteria dari dubur ke faraj
  • kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan
  • elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin (seperti douches dan serbuk) kerana ini boleh merosakkan uretra.
  • jika masalah berlarutan, jumpa doktor untuk ujian air kencing dan dapatkan rawatan antibiotik untuk membunuh bakteria
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda