Ketahui Bagaimana Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa Makanan Tapi Boleh Mengurangkan Keletihan Badan



Seawal 5 pagi anda sudah memulakan rutin harian.  Bermula dengan memasak sarapan untuk keluarga, menyiapkan baju yang perlu dipakai oleh suami dan anak-anak, menghantar anak-anak ke sekolah, menempuh jalan sesak ke pejabat, perlu menyiapkan tugasan harian sehinggalah selepas pulang dari pejabat, anda masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu saat berada di rumah semula.

Letih?  Ya, memang tidak dapat disangkal.  Badan anda seolah bekerja tanpa henti dan sangat kurang masa rehat.  Namun anda boleh mencuri sedikit masa sebelum tidur untuk menghilangkan keletihan dan bertenaga melakukan rutin yang sama pada esok hari.

Iaitu dengan mengambil garam.  Garam dipercayai mempunyai khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia terutama wanita yang sudah bekerja dan mempunyai kerjaya.
“Garam bukanlah sejenis makanan namun ianya adalah sejenis bahan yang digunakan untuk menyedapkan makanan.”
Rupanya fungsi garam bukan sahaja dimasukkan dalam makanan, bahkan juga digunakan sebagai alternatif dalam pengubatan sama ada penyakit fizikal atau spiritual.

Akan tetapi, pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Yang penting, perlu bersederhana.  Sebaiknya, had dalam memakan garam adalah sebanyak satu sudu teh atau lima gram sehari.

Terdapat dua sumber garam iaitu garam laut dan garam bukit.  Setiap kandungan mineral bagi dua sumber ini berbeza, maka pengambilannya juga turut berbeza.

Garam Laut:

Ketahui Bagaimana Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa Makanan Tapi Boleh Mengurangkan Keletihan Badan

Garam laut mempunyai tekstur yang rangup dan kasar serta masin yang kuat.  Bagi individu yang mementingkan kesihatan, mereka akan lebih memilih untuk menggunakan garam laut kerana kandungan mineral yang tinggi di dalamnya.

Antara khasiat garam laut :

Membantu melancarkan sistem pencernaan tubuh.
Membina sistem imunasi yang kuat.
Menyelesaikan masalah jerawat.
Baik untuk kulit.
Membantu masalah tidur yang tidak lena.

Garam Bukit:
Ketahui Bagaimana Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa Makanan Tapi Boleh Mengurangkan Keletihan Badan

Ketahui Bagaimana Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa Makanan Tapi Boleh Mengurangkan Keletihan Badan

Biasanya garam bukit dijual dengan harga yang tinggi disebabkan kaedah pemprosesannya yang agak sukar.  Selain dijadikan sebagai makanan kesihatan, garam bukit juga digunakan dalam produk kosmetik dan perapian diri.  

Antara kebaikan garam bukit adalah :
Mengimbangkan cas tenaga dalam badan.
Melancarkan peredaran darah.
Mengurangkan kepenatan badan setelah bekerja

Terpulang kepada anda untuk mengambil garam dalam pemakanan harian.  Kerana kedua-duanya memiliki khasiat yang terbaik.  Untuk anda yang penat dan letih badan, petua pengambilan garam yang boleh diamalkan adalah rebus beras hingga mendidih lalu diambil airnya yang pekat.  Campurkan sedikit gula dan garam.  Kemudian, minum semasa suam dengan kerap sebelum tidur.  Anda boleh lakukan ini ketika memasak nasi untuk makan malam keluarga.  Mudah saja kan?

Ada 3 lagi petua amalan pengambilan garam menurut pakar perubatan yang boleh anda cuba.

#1 –  Atasi Kegemukan Badan

Tumbuk isi dua biji buah delima putih beserta bijinya hingga lumat.  Campur tiga sudu besar air masak dan sedikit garam.  Kacau rata, tapis dan minum.  Lakukan 2 kali sehari.

#2 – Malas Dan Tidak Cergas

Minum setengah liter jus epal masak setiap hari dan urut badan dengan minyak Habbatus Sauda yang dicampur dengan garam debu.

#3 – Kurangkan Badan Yang Berlemak

Ramas dua genggam daun delima dengan sedikit garam dan satu gelas air masak.  Perah, kemudian minum separuh gelas untuk sekali minum.  Lakukan 2 kali sehari.

Semoga bermanfaat untuk diri anda.  Selamat mencuba!
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda