10 Khasiat Peria Bukan Setakat Untuk Pesakit Diabetes Ramai Perlu Cuba!

Peria merupakan sayur-sayuran hijau yang pahit. Tetapi mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan. Jika kena dengan cara masakannya, pahit peria ini boleh dikurangkan dengan menggunakan teknik-teknik tertentu. Peria bukan sahaja boleh dimanfaatkan melalui buahnya sahaja, malahan daun peria juga mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan.


Yang pahit itu ubat, begitulah yang boleh digambarkan tentang peria. Sejenis sayur-sayuran yang pahit, tetapi peria mempunyai banyak khasiat. 10 Khasiat Peria Bukan Setakat Untuk Pesakit Diabetes Ramai Perlu Cuba!

#1 Merawat Buasir

Ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi, mampu merawat buasir.

#2 Merawat Panas Dalam Badan

Air rebusan buah peria berfungsi untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.

#3 Baik Untuk Pesakit Kencing Manis

Buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi diabetik. Buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula didalam darah.

#4 Baik Untuk Kulit

Peria berupaya menghalang pertumbuhan jerawat kerana berfungsi sebagai penulen darah. Jika mengalami masalah kulit seperti bisul, kudis dan penyakit kulit yang lain, amalkan meminum air perahan peria bersama dengan limau  selama empat hingga enam bulan.

#5 Merawat Penyakit Taun

Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

#6 Mengurangkan Masalah Mata

Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Disitulah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.

#7 Mempertingkatkan Masalah Pernafasan

Peria juga baik untuk paru-paru. Campurkan jus peria katak dengan madu. Amalkan minum setiap hari untuk merawat masalah asthma (lelah).

#8 Membaiki Masalah Hati

Buah peria baik juga diambil bagi golongan yang kerap mengambil minuman beralkohol kerana mampu membersihkan toksin didalam badan terutamanya toksin yang tersimpan didalam hati. Sekaligus dapat merawat penyakit jaundis yang berpunca dari hati bermasalah.

#9 Menggalakkan Penghasilan Susu

Bagi golongan wanita yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi. Elakkan memakan peria mentah atau memakan peria sahaja tanpa makanan yang lain, kerana rasa pahit ini boleh masuk ke dalam susu badan yang boleh membantut selera bayi.

#10 Merawat Masalah Haid

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang datang bulan. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang (tidak cukup bulan).

Itulah antara khasiat peria yang mungkin tidak diketahui. Pahit pun telan juga sebab baik untuk kesihatan dan tiada kesan sampingan. Tetapi kalau kena telan ubat yang pahit, memang fikir berkali-kali juga sebab risaukan kesan sampingannya kelak.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda