Jika Anda Seorang Peniaga, Anda Wajib Mengeluarkan Zakat Jika Cukup 6 Syarat ini

zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat bisnes online, zakat perniagaan online, zakat selangor, syarat zakat bisnes online

Zakat merupakan rukun Islam ke TIGA. Dan sekiranya seseorang itu gagal menunaikan zakat, maka tidak lengkaplah rukun Islamnya. Islam sangat memuliakan kalangan peniaga, orang yang mencari nafkah hidupnya dengan perdagangan atau perniagaan. Oleh kerana itu, untuk kesejahteraan mereka, islam telah menyediakan suatu bentuk pensucian bagi mereka, yakni membersihkan harta dan jiwa dengan berzakat.

Zakat pada hakikatnya membersihkan dari elemen haram (kerana pencampuran hak manusia lain di dalam harta tersebut) dan pada masa yang sama menyuburkan atau membersihkan harta dan perniagaan. Zakat juga adalah pembersih jiwa dan rohani untuk lebih dekat dengan Allah SWT.
Firman Allah SWT : Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya pada jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memudahkannya untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. (QS. Al-Lail: 5-10)

Sahabat Nabi SAW menyatakan: “Dahulu Nabi Muhammad SAW memerintahkan kepada kami untuk mengeluarkan zakat terhadap harta kekayaan yang disiapkan untuk dijual”. (riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Oleh itu, zakat perniagaan adalah zakat yang diwajibkan baginya zakat atas segala jenis barang-barang yang diniagakan bagi yang mendapat keuntungan. Barang-barang yang diniagakan tersebut baik yang bersumber dari hasil pertanian, haiwan ternak, emas, perak, perikanan, perkebunan dll.

Zakat perniagan dikenakan untuk semua bentuk perniagaan baik secara inividual atau interaksi dengan peniaga islam dan bukan islam, koperasi, perniagaan saham dan lain-lain. Oleh keraa itu, sangat luas ruang lingkup zakat perniagaan ini, yang perlu kita pahami bahwa barang yang diperjualbelikan tersebut halal di sisi syariah dan diniatkan untuk berniaga kerana Allah SWT.

Antara punca rukun ini gagal disempurnakan adalah orang Islam itu sendiri tidak tahu dia wajib mengeluarkan zakat. Jadi, jika anda memenuhi enam syarat ini, anda wajib mengeluarkan zakat.

1 - Islam

Hanya orang Islam sahaja dikenakan zakat.

2 – Merdeka

Bukan hamba kepada manusia lain.

3 - Sempurna Milik

Harta yang anda miliki adalah kepunyaan anda dan anda berhak menguruskan
 harta-harta itu.

4 - Cukup Haul

Tempoh pendapatan atau simpanan sudah cukup setahun

5 - Cukup Nisab

Paras minima yang menentukan sama ada harta tersebut wajib dizakatkan.

6 - Niat Berniaga (Untuk peniaga sahaja)

Sekiranya anda seorang peniaga; biarpun kecil-kecilan; anda wajib mengeluarkan zakat.

Selain itu, beberapa punca lain juga menjadi penyebab mengapa orang Islam tidak menjalankan ibadah zakat dengan sempurna iaitu tidak tahu dimana ia patut disalurkan, menganggap perniagaan kecil-kecilan tidak perlu berzakat, tiada masa dan memilih untuk mengagihkan sendiri.


Jadi, kami akan pecahkan punca-punca ini menjadi pecahan bagi menyenangkan pemahaman untuk berzakat.


1 - Tidak tahu dimana patut disalurkan

Di Malaysia, kuasa pengutipan zakat adalah dibawah bidang kuasa negeri masing-masing. Ini bermakna, setiap negeri mempunyai badan atau institusi yang bertanggungjawab untuk mengutip/mengagihkan zakat.

Seperti contoh, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur boleh membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi saluran yang boleh dirujuk di https://www.zakat.com.my/kaunter. Sementara itu, agihan pula dilakukan oleh Baitulmal-MAIWP.


2 - Tidak Tahu Kira

Pihak PPZ-MAIWP telah melaraskan beberapa cara untuk mengira zakat berdasarkan saiz perniagaan. Ini adalah tiga kaedah pengiraaan sepertimana yang diberikan oleh PPZ-MAIWP.

a) Kaedah pengiraan 1 - Modal Kerja (Working Capital)

(Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan)* x % Pemilikan Saham
Muslim x 2.5%


*Kaedah pengiraan ini sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.


b) Kaedah Pengiraan 2 - Modal Berkembang (Growth Capital) (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset

Separuh Tetap +/- Pelarasan) * x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5% *Kaedah ini pula sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan Islam yang biasanya tidak mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa.

c) Sekiranya tiada akaun

*Kaedah pengiraannya: Untung bersih x 2.5%. Contoh para peniaga pasar malam, gerai dan lain-lain lagi.

Tak dinafikan kaedah pengiraan ini sedikit kompleks. Jadi, untuk memudahkan proses pengiraan, pihak PPZ-MAIWP telah mencipta kalkulator atas talian untuk mengira zakat dihttps://www.zakat2u.com.my atau boleh hubungi terus pihak PPZ-MAIWP di Talian Zakat 1-300-88-5757 untuk pertanyaan dan pembayaran.

3 - Tiada masa

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pihak PPZ-MAIWP turut menyediakan cara pembayaran zakat secara atas talian, khususnya bagi orang ramai yang kesuntukan masa untuk membayar zakat. Pembayaran boleh dibuat secara online di lamanhttps://www.zakat2u.com.my/payment/fast.

4 - Memilih untuk mengagih sendiri
Ada juga dalam kalangan pembayar zakat yang suka mengagihkan zakat tanpa melalui saluran yang ditetapkan iaitu dengan mengagihkan sendiri zakat mereka. Tapi, cara ini boleh menimbulkan beberapa persoalan iaitu :

1. Bagaimana status asnaf (penerima zakat) itu ditentukan?

2. Adakah mereka benar-benar layak?
3. Wang zakat hanya untuk 8 golongan asnaf
4. Ramai yang mengagihkan zakat mereka kepada ibu tunggal dan anak yatim
sedangkan ianya tiada dalam senarai 8 golongan asnaf

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai zakat, orang ramai khususnya para peniaga boleh melayari http://www.zakat.com.my
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda