Mengapa Rasulullah Melarang Umatnya Bernafas dalam Gelas Ketika Minum?

Adab ketika minum yang diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah menahan nafas ketika meneguk air di dalam bekas minuman atau gelas. Perkara tersebut terus dikaji oleh para pakar moden untuk meneliti hikmah disebalik perintah tersebut.


Terbukti, larangan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengenai hal ini memang ada sebab yang mendatangkan kemudaratan pada kita. Larangan ini diterapkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pada 14 abad yang lalu, jauh sebelum kita hidup di bumi.

Penelitian menunjukkan bahawasannya saat bernafas terjadi dua proses yang berlaku iaitu menghirup udara dan menghembuskan udara. Ketika kita menghirup udara, udara yang kita hirup adalah oksigen. Oksigen adalah gas unsur kimia yang diperlukan untuk proses metabolisme pada makhluk hidup tertentu termasuk manusia. 

Lain halnya ketika menghembuskan nafas, udara yang keluar adalah udara yang sudah bercampur dengan karbon, sisa-sisa tubuh yang beterbangan di dalam tubuh, dan sedikit oksigen yang dikeluarkan dalam bentuk gas karbon dioksida.


Dalam dunia kimia digambarkan jika karbon dioksida (udara hembusan nafas) bertemu dengan air akan menghasilkan asid karbonat. Hal ini boleh menyebabkan naiknya paras keacidan dalam darah, sehingga akan membuat darah kita menjadi lebih acid yang menyebabkan PH darah menurun atau disebut asidosis. Jika PH darah menurun, tubuh akan berusaha untuk menurunkan kelebihan asid dalam darah dengan cara menurunkan jumlah gas karbon dioksida dalam darah sehingga pernafasan kita menjadi lebih dalam dan cepat.

Bernafas ketika minum juga dapat menyebabkan ginjal berusaha mengawal keadaan tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak acid dalam air urin. Jika selalu meniup makanan dan minuman sebelum menelannya maka tubuh akan terus menerus menghasilkan terlalu banyak acid yang boleh menyebabkan terjadinya asidosis berat. Asidosis berat dapat menyebabkan kelelahan yang berlebihan, mual, mengantuk, dan kebingungan. Jika asidosis semakin memburuk, tekanan darah dapat turun, menyebabkan sawan, koma, dan kematian.


Kesihatan adalah salah satu nikmat yang harus disyukuri dan salah satu cara mensyukurinya adalah dengan menjaganya. Oleh kerana itu, jagalah kesihatan kerana itu termasuk sebahagian dari mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Kuasa.

Dalam artikel ini, kita sebagai umat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mempunyai satu keistimewaan. Jika hal ini dipraktiskan oleh orang yang bukan islam dia hanya akan mendapat balasan berupa kesihatan dan jika hal ini dipraktiskan oleh umat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam maka ada satu keuntungan lainnya selain kesihatan iaitu pahala. Sudah mendapat kesihatan tambahan pahala lagi, seronok kan?

Jangan hanya dibaca sahaja, tapi juga dipraktiskan dan dikongsi dengan rakan-rakan lain. Supaya dapat manfaatnya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda