Terbukti Punca Bau Badan Bukan Kerana Peluh, Ketahui Punca Sebenar Dan Cara Mudah Mengatasinya

Bau Badan? Ia umpama mimpi ngeri kepada mereka yang menghadapinya. Malah ramai yang berpendapat punca bau badan adalah disebabkan peluh adalah satu daripadanya. Sebenarnya peluh tidak berbau tetapi apabila ia bercampur dengan bakteria yang hidup pada kulit, maka terhasilnya bau badan.

Terbukti Punca Bau Badan Bukan Kerana Peluh, Ketahui Punca Sebenar Dan Cara Mudah Mengatasinya

Masalah bau badan mungkin dipandang enteng oleh sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini boleh menjadi rumit jika tidak dibendung segera. Tak kira sama ada lelaki atau wanita, pengurusan kebersihan diri adalah aspek terpenting yang perlu ditekankan.

Jangan ambil mudah,  ia berisiko menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri dan malu untuk bersosial. Paling kritikal, impak yang sangat menakutkan dalam kehidupan peribadi iaitu sukar mencari jodoh atau bagi yang sudah berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan sesama suami isteri. Pasti kita tak mahu ini berlaku bukan?


Kenalpasti Dan Fahami Punca Masalah Bau Badan

Hakikatnya semua orang mempunyai bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh. Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses perpeluhan di mana ia bersambung terus hingga ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

1. Berpunca dari Bakteria

Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sinilah lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

2. Berpunca dari Toksin di dalam Badan

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh, sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

3. Pengambilan Kafein dan Pemakanan Makanan Berempah Yang Berlebihan

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Elakkan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.

4. Faktor Kesihatan & Genetik

Punca lain bau badan termasuklah masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
Kawasan yang sering dikaitkan dengan bau badan adalah di sekitar ketiak. Justeru itu penjagaan di kawasan berkenaan harus diberi perhatian 

Berikut adalah tips mudah untuk menghilangkan atau mengelakkan bau badan:

Mandi Dengan Kerap 
Kalau malas mandi, maka berbau badan itu. Jadi untuk elakkan bau badan hendaklah mandi dengan kerap, mudah kan?. Bagi individu yang berpeluh banyak kerapkan mandi dalam sehari.

Menggunakan Sabun Anti Bakteria 
Penggunaan sabun anti bakteria dapat membantu meminimumkan bakteria yang menghasilkan bau badan. 

Buat Jadual Bercukur Bulu Ketiak 
Jangan biarkan bulu ketiak terlalu banyak dan berserabut, bercukurlah secara berkala kerana ia akan membantu meminimumkan bakteria berkumpul di kawasan itu.

Gunakan Deodoran Atau Antiperspirant 
Deodoran adalah berasaskan alkohol dan menutup bau yang disebabkan oleh bakteria. Antiperspirants mengandungi bahan kimia berasaskan aluminium yang boleh mengurangkan peluh.

Pakai Pakaian Yang Dibuat Dengan Gentian Asli 
Contohnya seperti kapas, bulu, sutera dan pastikan ada ruang udara untuk kulit. Cuba pakai pakaian daripada kain yang berkualiti.

Basuh Pakaian Setiap Kali Menggunakannya 
Jangan mengulang pakai pakaian yang sudah dipakai walaupun pakaian itu tidak berbau dan basuh pakaian itu sebelum menggunakan kembali.

Perhatikan Apa Yang Dimakan 
Kadang-kadang makan makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan bau badan.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda