Inilah 10 Cara Mudah Memberi Walaupun Kita Tidak Kaya, Mohon Share...

Kata orang kalau kita kaya, hari-hari rasanya seperti hari raya. Boleh bergembira dan berbuat semua kebaikan yang kita impikan. Dapat memberi dan berkongsi kekayaan kita dengan orang lain. Tetapi benarkah kita hanya boleh berbuat baik, dan memberi kepada orang lain sekiranya kita kaya-raya sahaja?

Kebaikan sebenarnya dapat diberikan kepada orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun. Sesetengah situasi datang sebagai ujian dalam hidup untuk kita memilih sama ada untuk memberi atau melupakan.

Kadangkala kita juga mungkin terlupa untuk memberi kepada insan terdekat yang kita temui saban hari. Jadi, apa kata kita lakukan 11 cara memberi yang sangat mudah ini meskipun kita belum lagi menjadi orang kaya atau jutawan.

1. Salam dan peluk

Apabila berjumpa dengan golongan gelandangan atau anak-anak yatim, hulurkan bantuan dan duduk berbual bersama-sama mereka. Selain daripada wang ringgit, mereka juga perlukan teman berbual dan merasakan pelukan mesra seorang ahli keluarga.

2. Meow!

Ada kucing jalanan yang merapati kita sewaktu di kedai makan? Kongsikan sedikit makanan kita serta belai manja kucing-kucing ini. Haiwan juga seperti manusia, selain mempunyai makanan dan tempat tinggal, mereka juga mahu disayangi dan dimanjakan.

3. Kosong-kosong

Memberi kemaafan kepada seseorang bukan mudah. Beritahu dengan jelas kepada orang yang meminta maaf kepada kita, bahawa kita telah memaafkan dia dengan setulus hati. Kemaafan bukan sahaja akan memberi ketenangan hati kepada dia, tetapi kepada kita juga.

4. Jalan terus dan belok kiri!

Tidak tahu ke mana hendak dituju apabila berada di tempat yang baru dikunjungi memang tidak menyeronokkan. Andai kita arif selok-belok sesebuah bangunan atau tempat, tunjukkan arah yang jelas kepada orang yang bertanya sehingga dia menemui apa yang dicari.

5. Percuma untuk kamu!

Sewaktu membeli makanan, bayarkan beberapa bungkusan lebih untuk orang lain yang datang kemudian. Di pasar malam, beli satu dulang kuih kegemaran kita, dan minta penjual agihkan percuma kepada sesiapa sahaja yang berhajat membelinya nanti.

6. Syurga kita

Semakin hari ibu bapa kita akan menjadi semakin berusia. Sekiranya mereka memerlukan rawatan rapi di hospital atau di rumah, tawarkan diri menjaga mereka dengan sebaiknya. Kita tidak tahu berapa lama masa yang kita ada untuk melakukan bakti sebegini.

7. Hai Pak Guard!

Berselisih dengan pengawal keselamatan setiap hari? Selain senyum, tanyakan juga khabar mereka. Jangan lupa bungkuskan kopi O dan makanan juga. Sekali-sekala tanyakan tentang keluarga dan kisah kerja mereka.

8. Bento untuk semua

Bekalkan makanan lebih untuk anak kita makan bersama rakan-rakannya pada waktu rehat di sekolah. Sewaktu mengambil anak pulang dari sekolah atau di taman permainan, belanja aiskrim buat kanak-kanak yang ada di sana.

9. “Keyboard warrior”

Di media sosial hari ini, terdapat pebagai isu dipaparkan dan kemudian dibaca oleh kita. Tinggalkan komen yang sopan dan tidak menghakimi orang lain. Wira papan kekunci yang sebenarnya adalah mereka yang tidak mudah berkongsi tanpa usul periksa dan menghormati orang lain.

10. Senyum

Jika seseorang tersenyum kepada kita, balas semula senyuman itu dengan lebih manis. Kita tidak tahu apa yang dia sedang hadapai, tetapi dia masih mampu menguntumkan senyuman buat kita. Senyuman adalah pemberian paling mudah dan memberi kesan gembira serta-merta kepada pemberi dan penerimanya.

Tidak ada salahnya menjadi kaya untuk memberi kepada orang lain. Namun kita tidak perlu menunggu menjadi kaya atau jutawan sebelum mahu berkongsi apa yang kita ada. Sewaktu memberi, hantarkan barang pemberian kita itu bersama rasa kasih, sayang dan persahabatan kepada orang yang menerima. Memberi bererti mendidik hati merasa cukup dengan apa yang ada serta langsung tidak mengharapkan ucapan terima kasih.

Kita mungkin tidak akan dikenali sampai bila-bila tetapi hati kita akan merasa bahagia. Jadi, sudahkah kita memberi walaupun sekuntum senyuman pada hari ini?
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda