Jangan Ambil Mudah! Kerana Rokok Punca Pengantin Lelaki Tergagap Menerima Akad Nikah


MENGISTIHAR PERANG PADA PEROKOK

Tulisan ini dikongsikan oleh Abd Ghani Haron. Semoga perkongsian ini memberikan pengajaran dan manfaat kepada kita semua. Baca lagi:

Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan rombongan pengantin,mungkin ada majlis akad nikah di masjid.Ketika berwuduk di kolah,saya lihat pengantin lelaki merokok di pintu tandas,berkepul asapnya.Agaknya gelabah nak mengadap tok imam.

Majlis akad dibuat didepan mimbar dan saya bersolat di satu penjuru masjid.Tok imam mengguna mic dlm qutbah nikah dan akad.Berkali-kali akad diulang kerana pengantin lelaki tersangkut menerima akad,tergagap,terlupa nama bakal isteri,terlupa jumlah mas kahwin.Imam suruh rehat seketika untuk bertenang.

Dalam hati saya berkata, buat dosa dengan merokok,lepas tu nak buat ibadat terima akad dgn mulut yg baru berbuat dosa,itulah padahnya.Ibarat memerang, dgn mulut dia makan,dgn mulut juga dia muntahkan najisnya. Manusia yg merokok ibarat memerang juga,dgn mulut dia makan,dia berzikir menyebut nama Allah dlm solat,dgn mulut juga dia buat perkara haram.Saya meninggalkan mereka,entah sampai bila baru boleh selesai majlis itu.

Merokok dah difatwa haram, haramlah. Berhentilah. Kempen kerajaan nampaknya kurang berkesan.Maka saya nak cadang kempen yg tak melibat kerajaan tetapi libat peranan orang Islam sahaja,kerana rokok ini masalah hukum,masalah merosakkan diri.

Apa kata jika semua bapa yg ada anak dara meletak syarat untuk jadi menantu,tidak boleh merokok,jika tidak,pinangan ditolak.Beri syarat kpd anak perempuan,suruh bakal suami jangan merokok,jika dok merokok,mula berhenti sebelum masuk meminang.Kalau semua bapa bertegas hal ini,ramai yg akan berhenti merokok kerana orang bercinta sanggup berkorban apa saja,lautan api lagi sanggup direnangi,inikan sebatang rokok.

Mungkin ada orang tanya,cikgu cadang cikgu dah buat ka?Sudah,menantu saya masa meminang telah diletak syarat tidak merokok.Ini perkara hukum,kalau dgn rokok sebatang sanggup buat dosa,iman mereka lebih murah dari sebatang rokok,macam tuu kah nak buat menantu,nak menyambung zuriat kita?

Tapi kalau kita yg menjadi bapa sendiri merokok,mungkin Allah takdirkan menantu pun merokok sebagai satu kebencian,padan muka,bapa borek menantu rintik,jika Allah masih menyayangi moga didatangkan menantu yg tidak merokok dan berani menegah.Jika anda penagih rokok,saya doakan moga Allah beri hidayah dan kekuatan untuk berhenti merokok,berhenti memberi alasan.

Lebih jauh ,jangan pangkah wakil rakyat yg merokok walau dari parti Islam kerana jika dg sebatang rokok pun tewas,macam mana nak tegak hukum Islam.Piiiiraaah.Guru saya pesan,jangan mengaji dg guru yg merokok,cakap tak serupa bikin,ada sifat munafik,ini termasuklah cikgu sekolah.Bebudak tak bagi merokok,cikgu curi merokok merata tempat.Puuuuiiih.

Jika boleh guna Pibg minta tukar cikgu yg merokok disekolah,walau dalam tandas,hantar ke SJK Cina atau SJK Tamil,kerana rokok haram pada orang Islam shj.Nak cadang kat kementerian pelajaran,Dato Tajudin Jab,Timbalan Ketua Pengarah,kot boleh letak syarat tak merokok utk jadi guru,pegawai kementerian yg merokok,simpan dalam peti sejuk,jangan bagi naik pangkat.

Ni mesti ada cikgu dan yg nak jadi cikgu, orang jabatan,kementerian naik angin, minta maaflah, jika nak marah pun fikir banyak kali,saya juga bekas guru,pengetua dan PPD.Benci bila masuk bilik pengetua semasa buat lawatan berbau rokok,benci lihat puntong rokok dilantai tandas guru.

Mungkin bila mengambil pekerja pun kena tanya soal merokok kerana pekerja yg merokok biasanya mengotorkan,mencemar udara,mulut berbau bahkan pakaian mereka pun bau rokok dan mereka ni tak lama,insyaallah akan berpenyakit,rosak paru-paru,darah tinggi,jantung,kanser.Mereka juga mencuri masa kerja untuk merokok..

Bila membeli barangan dipasar minggu,atau gerai makanan,jika terlihat yg menjual berkepit rokok,carilah penjual yg lain,kerana kita seolah memberi rezeki ketika dia buat dosa.Nak beri zakat pun lihatlah asnaf yg tidak merokok supaya duit zakat kita tidak diguna pada perkara haram.

Jangan berimamkan seorang yg merokok kerana kita yg tidak merokok lebih baik dari dia yg bergelar imam atau ustaz.Nabi melarang kpd mereka yg berbau mulut kerana makan makanan : 

"Barangsiapa yang makan buah dari pohon ini yakni bawang putih maka janganlah sekali-kali mendekati masjid kita."(Muttafaq 'alaih)

Merokok menyebab bau mulut yg lebih dahsyat.Ustaz yg merokok lebih baik tak dipanggil berceramah kerana mereka ibarat kokok berderai-derai,ekor bergelumang taik,kalau tok mufti yg merokok,lagi teruk, mufti taik anjing,mufti tukang salak saja.

Banyak lagilah kalau nak sebut.Jika kita semua sepakat dg tujuan untuk kebaikan mereka yg merokok, supaya mereka patuh kpd hukum Allah,perkara ini boleh berjaya.Ini juga satu dakwah.Jangan biar kerajaan saja berkempen,itupun kempen separuh hati,haram hanya pada kertas,takut hilang hasil cukai.

Kepada mereka yg merokok,saya tidak berniat buruk, sesungguhnya cadangan yg diberikan adalah dg tujuan untuk mengembalikan anda kpd jalan yg benar,patuh hukum Allah.Berhentilah dari menjadi bacul hanya dg sebatang rokok,rebah terguling hanya kerana ketagih rokok.

Nak tunggu nabi turun sekali lagi baru nak berhenti merokok.Ingatlah pesan Allah dlm quran,'dan janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan'.(surah baqarah 195)

Sharelah sebagai teguran,moga ada hati yg mahu berfikir,tercabar dan berubah kpd yg lebih baik.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda