'Sedap Memanglah Sedap Tetapi You Are Slowly Killing Yourself' - Doktor


Bila saya jumpa pesakit diabetes terutama sekali yang didiagnose pada umur yang muda (bawah 35 tahun), saya akan korek lagi cerita silam mereka. 

Soalan wajib saya,
"Boleh kongsikan tak apa yang awak makan setiap hari sampai boleh dapat diabetes pada umur yang muda?"
True Stories

1. 30 tahun, kerja menjual nasi lemak. Setiap hari secara purata akan minum 1.5 litre Teh O sepanjang bekerja. Mengamalkan cara hidup begitu selama 4 bulan sehingga disahkan diabetic. 

2. 31 tahun, eksekutif. Gaya hidup suka minum CoolBlog dan Chat Time (1 week atleast 2 or 3 times), kek seminggu sekali, aiskrim seminggu sekali, coklat lebih kurang setiap hari. 8 bulan, diagnose diabetes. 

3. Jurutera berusia 27 tahun. Coke adalah minuman kegemaran. Boleh kata seminggu empat ke lima kali tin Coke itu adalah pasti. Frappucino Starbucks semasa hari minggu bila keluar dengan kawan-kawan. 6 bulan diagnose, diabetes. 

Sudah terang lagi bersulu, cara pemakanan kita akan mempengaruhi kesihatan kita dan saya rasa cara pengambilan makanan seperti tiga contoh di atas menjadi norma masyarakat sekarang. Tidak perlu setahun pun hidup seperti ini dan dah dapat diabetes. 
  • Coconut shake double scoop ice cream with whip cream
  • Burger bakar with tripple cheese
  • Milkshake with extra nuttela chocolate and chocolate sprinkle
  • Cakoi peanut butter

Sedap memanglah sedap tetapi you are slowly killing yourself. Kalau kita tak tukar cara pemakanan kita, tak terkejutlah klinik diabetes saya akan dibanjiri pesakit-pesakit muda diabetes. Dan lagi mengerikan ialah komplikasinya sendiri. - Doktor Nur Ain Mohd Ghazali
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda