Berwaspada Jangan Mudah Lepas Tangan Anak Kepada Pengasuh. Owner Tadika TAHFIZ Ni Sgt BAIK Depan Ibu Bapa. Tapi Kat Anak2 Dia…..MENGEJUTKAN !!!

Assalamualaikum. Nama aku Fazila. Aku nak mula ceritakan pengalaman mengajar jadi guru plus pembantu sewaktu mengajar di tadika yg ada title “Tahfiz”. Aku harap cerita ini dijadikan pengajaran kpd semua owner tadika @ taska, dan ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa.
screen-shot-2016-11-30-at-10-46-22-am
Pertama kali aku jejakkan kaki ke tadika memang seronok sangat. Jumpa pula dengan owner tadika yg nampak muda, cantik dan lemah lembut. Dia interview aku, pertama sekali yg ada dalam kepala otak aku ” Baiknya dia ni, cakap sopan santun, kulitnya gebu.” Aku jadi yakin untuk teruskan mengajar di situ.

Aku perhatikan tadika ini sangat menjaga kebajikan. Owner sangat baik. Banyak masalah aku share dengan dia. Dia pula peramah. Tahun kedua aku terus bekerja di sini lagi, ada guru-guru baru. Aku mula berkenalan dengan guru-guru baru. Tahun kedua banyak perubahan.
Untuk pengetahuan umum, tadika ini ada transit sehingga ke petang. Jadi makanan tengahari dan petang disediakan. Mulanya, sesi makan tengahari untuk budak-budak, tukang masak merupakan orang Indonesia. Bukan guru-guru yang masak di tadika. Awal tahun makanan ok. Ada ayam masak lemak cili api, ada ayam masak kicap. Makin lama makin teruk sangat, aku tak tahu kenapa.
Nak tahu tak dia masak apa? Ok, hari ini dia masak sosej sos, sosej dipotong 3 dan masak sos, cuma ada bawang putih dan bawang merah. Hari esok, makanan tengahari ialah fishball putih (selalu campur dgn mee, nasi goreng, kuew teow) yang berlendir macam tak basuh bersih masak sup, kadang-kadang masak sos, masak sup (sup banyak ajinomoto). Hari seterusnya, cuma masak telur dadar potong kecik. Hari lain, fishcake yg sama masak kicap atau sos. Untuk pengetahuan semua, menu yang sama hari-hari sehingga akhir tahun. 

Dan budak-budak di tadika hanya makan lauk itu dengan nasi dan kicap. Nak tambah tak boleh sebab lauk tak cukup walaupun nasi banyak. Iye, dia cuma masak lauk sikit je. Sedangkan tiap-tiap bulan mak ayah dorang bayar duit transit yang tiap tahun naik.
Guru-guru kesian sangat, tak sampai hati nak bagi budak-budak makan makanan yang tak berkhasiat langsung. Ayam? Ayam cuma boleh kuis-kuis dan budak hanya dapat sikit sangat. Cukup ke? Iye, tak cukup sangat-sangat. Kadang-kadang, guru-guru yang belikan makanan di luar atau masak dari rumah dan berikan mereka makan. 


Bila mereka dapat makan ayam masak kari, sup ayam, ayam kurma, mereka sangat suka dan tambah banyak-banyak. Guru-guru gembira sangat. Ok, itu bab makanan tengahari yang sampai hujung tahun makanan yang sama. Untuk pengetahuan semua, tukang masak merupakan orang gaji kpd owner tadika.
Cerita lain tentang tadika ini, nak menceritakan tentang owner tadika. Tahun pertama aku kerja, dia baik dan lemah lembut kan. Tahun kedua, seolah-olah dia menunjukkan perangai sebenarnya. Dia tak suka berhadapan dengan ibu bapa yg banyak komplen, katanya “serabut….” Tambahan pula, dia suka menggunakan bahasa yang sangat kasar terhadap budak-budak. 

Contoh yang pernah berlaku di tadika apabila ada seorang budak perempuan ni, dia sangat pendiam dan suka buat hal sendiri. Owner nampak budak tu dan dia kata “Aku geram, aku rasa nak pijak-pijak budak ni.” Sedangkan budak tu tak pernah buat salah apa-apa. Mungkin sebab budak itu pendiam, apabila ditanya pd dia, budak tu tak jawab. Tapi tidak seharusnya owner cakap macam tu kan?
Cerita lain yang berlaku pd budak-budak lain ialah apabila dia mengajar kelas 5 tahun. Budak-budak kelas 5 tahun sangat takut pada owner sebab owner suka menjerit, marah-marah. Dia mengajar 5 tahun ni, dorang banyak diam dan takut nak cakap. Jadi,apabila budak-budak banyak diam dan tak jawab apa yg owner tanya. Owner mula cakap pada guru-guru lain “Dia ni lembab, bebal, bodoh betul.” Ketika aku di tahun pertama mengajar di tadika,owner pernah mengamuk dengan murid 6 tahun yang lambat, dia cakap “6 tahun ni semua bodoh!” Aku terkejut, aku diam.
Aku pendekkan cerita, apabila guru-guru tak sampai hati membiarkan budak-budak yang hanya makan makanan tengahari seperti yang aku nyatakan tadi, apabila diberitahu kpd ibu bapa tanpa pengetahuan owner, ibu bapa terkejut. Kata mereka “Anak saya selalu mengadu, hari-hari dekat tadika asyik makan sosej, fishcake, fishball. Saya tak percaya. Saya ingatkan anak saya tak tahu apa, jadi saya biarkan tapi waktu yang sama saya pelik. Apabila guru-guru di sini dah beritahu hal yang sebenar, barulah saya percaya yang anak saya tak pernah bohong selama ni.”
Ada pulak ibu bapa yang cakap “Saya tak pernah bagi anak saya makan sosej, tapi sejak kebelakangan ni, anak saya selalu minta saya masak sosej. Saya pelik, sekarang saya dah tahu apa yang sudah jadi.”
Tambah lagi, “Anak saya selalu balik tadika asyik mengadu lapar je. Bila saya tanya, tak makan ke kat tadika tadi? Anak sy jawab makan tapi tak sedap.”
Ada yang menangis selepas dia tahu apa yang berlaku di tadika, dia datang ke tadika sewaktu makan tengahari untuk lihat menu hari ini. Dia lihat dan terus menangis, rasa sedih kenapa anak-anak makan makanan sedemikian rupa. Rupa-rupanya, selama ini anak-anak mereka makanan makanan yang tak berkhasiat langsung.
Entahlah, aku jadi hairan kenapa semakin hari semakin teruk keadaan tadika owner aku ni. Kadang-kadang, dia sukar dan lambat membelikan barang-barang tadika seperti beras, kicap. Kadang kadang guru-guru yang terpaksa mendahulukannya. Pada awal tahun, dia menjanjikan bahawa tadika tahfiz ini menyediakan air zamzam, kismis, kurma untuk anak-anak murid. Tetapi, tiada langsung. Ramai ibu bapa mengharapkan sekolah di tahfiz, berbekalkan makanan sunnah, amalan sunnah, tapi tiada apa-apa. Ramai ibu bapa sangat kecewa dengan keadaan ini.
Aku cuma nak menceritakan tentang kebajikan di tadika yang pernah aku kerja ni. Aku tak nak cerita tentang apa yang dia sudah buat kpd guru-guru. Cuma yang aku boleh cakap, jangan percaya sangat sangat orang yang mulutnya lemah lembut ni. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku dah terkena.
Malah, makin sakit hati apabila dia berhadapan dengan ibu bapa, manisnya mulut dan lemah lembutnya cara dia bercakap. Aku tak berbohong, ramai ibu bapa yg suka sangat pembelajaran di tadika yg aku mengajar sebab kata mereka anak-anak mereka ada improvement. Tapi ibu bapa kecewa dan sedih kerana owner tadika memberikan makanan yang tidak berkhasiat.
Kesimpulannya di sini, kepada semua ibu bapa….. Janganlah kerana sibuk bekerja hingga lupa tanggungjawab kpd anak. Kpd ibu bapa yg menghantar anak-anak ke tadika atau taska, selalu lah jenguk mereka di sana. Lihat apa yang mereka makan, sekali sekala merasa apa yang mereka makan. Takut-takut kalau tak sedap atau lain macam. Ibu bapa harus sentiasa peka dan ambil berat terhadap anak-anak. Jangan mengabaikan anak-anak dan jangan menyerahkan 100% anak-anak anda di bawah jagaan pengasuh.

Dan, ibu bapa haruslah sentiasa bertanya kpd anak-anak “hari ini makan apa, buat apa di sekolah, cikgu macam mana dan lain lain.” Apabila anak tidak menjawab atau menjawab dengan betul atau salah, ibu bapa harus tanya pula kepada guru-guru tentang perkembangan anak-anak di sekolah.
Kepada owner tadika @ taska atau bakal menjadi owner tadika @ taska, atau pengasuh… Jangan lah anda memberikan makanan yang tidak berkhasiat kpd anak-anak. Cuba fikir, sekiranya anda mempunyai anak atau adik yg dilayan seperti diatas, apa yg akan anda lakukan? Sudah tentu anda akan berasa sangat marah dan tidak berpuas hati. Aku tak nak panjangkan cerita ini, banyak cerita yang aku nak share tapi biarlah, cukuplah yang sudah tahu ialah ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka di tadika owner aku ni.
Aku berdoa semoga suatu hari nanti owner tadika aku sedar diri dan ubah perangai menjadi lebih baik dan tidak berulang. Cuma kpd yang membaca ini, anda renungkan, fikirlah sendiri. Buat yang terbaik untuk anak-anak anda. Sekian, terima kasih kepada yg sudi membaca. Mohon maaf sekiranya anda yg membaca tidak berpuas hati atau salah faham. Assalamualaikum. KRedit Fazila via IIUM.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda