Setelah Kematian Suami Tanggungjawab Mencari Nafkah Untuk Anak Jatuh Kepada Wali Bukan Lagi Kepada Isteri

Mungkin ramai diantara kita masih lagi belum jelas dan faham tentang pencarian nafkah untuk anak apabila setelah kematian suami, tanggungjawab mencari nafkah secara automatik jatuh kepada wali bukan lagi kepada isteri.

Semoga perkongsian yang amat menarik dan berguna ini daripada Puan Len Yap dapat membantu kita dan mereka yang masih belum faham dan jelas tentang hukum Allah ini.

Setelah Kematian Suami Tanggungjawab Mencari Nafkah Untuk Anak Jatuh Kepada Wali Bukan Lagi Kepada Isteri

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.

Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki, bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.


Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yang kematian suami.

1. Semasa hidup si mati orang susah, adik-beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu)

3. Simpanan si mati ada dalam 10k dalam bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Si mati selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak taklah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung) si mati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.

6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Si mati tiada anak lelaki, so harta-harta si mati akan dapat juga pada adik-beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.

9. Hukum faraid - bahagian isteri dapat paling sedikit, langsung tak pedulikan perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas dalil-dalil bab pembahagian faraid.

10. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh si balu dgn anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka-mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

11. Nak cari mana 150k? Nak tak nak terpksa keluar dari rumah tersebut, rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.

Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan/tanah sebidang/rumah dijual si waris. Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.

Walaupun berhak pada harta si mati tapi kena tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri. Ya tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati-tempat tinggal/pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ini, berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik-adik kita, suami kita, anak-anak kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah si mati menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang di bawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik si mati?

Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih lagi si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban/membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YA!! Dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

Sumber: Puan Len Yap

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda