Balutkan Kaki Dengan Kobis Mampu Pulihkan Masalah Kaki Bengkak?

Siapa yang tahan dengan situasi bila kaki menjadi bengkak? Selalu terjadi bila terlalu duduk lama dalam perjalanan panjang, berdiri terlalu lama atau pun wanita mengandung.

Harus diingat ia juga merupakan simptom kepada penyakit seperti demam, darah tinggi dan sebagainya. Jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mengelakkan masalah berlarutan. 

Namun, sebelum itu anda boleh mencuba beberapa cara mudah untuk mengatasi masalah bengkak kaki ini. Yang penting ia bersifat semula jadi dan tak perlukan ubat-ubatan. Lebih selamat dan juga berkesan. 


1. Garam Epsom

Anda boleh mendapatkan garam Epsom di kedai organik dengan harga RM20 hingga RM30 untuk satu kilogram. Rendamkan kaki anda dalam bekas berisi air hangat dengan garam Epsom ini. Masukkan beberapa cawan kecil garam ini ke dalam rendaman tersebut dan biarkan kaki anda dalam air tersebut selama 20 minit. 

Garam Epsom ini membantu meredakan bengkak kaki dan juga melancarkan peredaran darah, memetik laman Active Beat. Selain itu, ia membantu menyingkirkan bau kaki dan juga kulit kering. 

2. Ais

Ia merupakan cara klasik untuk meredakan bengkak pada kaki dan juga kesakitan. Bungkus ais dalam tuala lembap, kemudian tuamkan pada bahagian kaki yang bengkak, memetik laman Let How. 


3. Balutan kobis

Cara ini dikatakan sangat popular di Barat dan juga berkesan pastinya. Balutkan kaki anda dengan daun kobis hijau atau kobis putih yang telah disejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk. 

Biarkan ia membaluti kaki anda sehingga 30 minit. Kobis memabntu mengeluarkan lebihan cecair dan juga melegakan kesakitan pada kaki, memetik laman Let How. 



loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda