Bila Kali Terakhir Korang Bersihkan Pusat? Ini 7 Perkara Tentang Pusat Yang Perlu Kita Ambil Tahu

Ada orang mengatakan pusat manusia itu adalah parut yang tinggal apabila tali pusat tertanggal. Memang itu yang kita nampak secara zahirnya tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahuinya sejarah kejadian pusat manusia. Kami ingin berkongsi info tentang sejarah kejadian pusat pada tubuh manusia. 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi Adam a.s. adalah manusia yang pertama dicipta oleh Allah swt. Penciptaan Nabi Adam a.s. ada kaitannya dengan kemurkaan Allah swt terhadap Iblis laknatullah kerana enggan sujud kepada lembaga Adam ( Surah al-Baqarah, ayat 34). 

"Keluarlah kamu dari dalam syurga ini, kerana sesungguhnya kamu tidak patut menyombong diri di dalamnya, Keluarlah! Sesungguhnya kamu tergolong ke dalam kelompok makhluk yang hina dina." (Surah al-A'raf, ayat 13).

"Sebelum dia keluar dari syurga, Iblis laknatullah terlebih dahulu berjalan menghampiri lembaga bapa manusia itu sambil mengelilinginya. Kerana sangat benci kepada Nabi Adam a.s. yang dicipta daripada tanah liat yang berasal dari tanah lumpur, tanah kering dan saripati tanah itu lalu Iblis meludah ke perut lembaga Adam dan ludahnya melekat betul-betul di tengah-tengah perut lembaga Adam tiu. Melihat itu, Malaikat Jibrail a.s. dengan segera mengcungkil buang air ludah Iblis laknatullah itu dengan cara mencuit (dengan kukunya) tanah yang kena ludah itu menyebabkan terjadinya pusat Adam. Itulah sejarah terciptanya pusat manusia"


Wallahhualam.

(Dipetik daripada buku Kisah 25 Nabi-nabi karangan Tarikuddin bin Hj. Hassan)

Kebersihan diri adalah satu perkara penting yang perlu di titikberatkan oleh semua orang, tak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi jarang kita dengar tentang kebersihan pusat.

Pusat pada semua orang adalah berbeza-beza. Ada yang ke dalam, dan ada yang terkeluar. Pusat juga adalah bahagian yang paling tidak di endahkan oleh semua orang, sedangkan disitu lah terdapat banyak jangkitan kuman.

Fakta #1

Terdapat lebih daripada 65 mikro organisma (bakteria) yang hidup di dalam pusat. Tambahan lagi, pusat menjadi tempat di mana lebihan sabun, habuk, penuh dan sel mati tinggal.

Fakta #2

Pusat menjadi tempat favorite bagi jangkitan yis. 

Fakta #3

Jika terkena simptom seperti kegatalan, bau kurang menyenangkan dan kulit menjadi kemerahan, itu petanda sesorang terkena jangkitan yis.

Fakta #4

Cara mudah membersihkan pusat ialah menggunakan putik kapas (cotton bud) dan sedikit alkohol. Terlalu banyak alkohol juga menyebabkan kulit kering.

Fakta #5

Pusat merupakan antara tempat yang sensitif kepada sentuhan.

Fakta #6

Disebabkan pusat boleh menjadi tempat terkumpulnya lebihan sabun, peluh, habuk, dan sel mati, jadi tabiat membersihkan pusat amatlah perlu dititikberatkan.

Fakta #7

Tindik pusat boleh menyebabkan jangkitan kuman lebih mudah.

Jadi, marilah kita bersama-sama bersihkan pusat!

Sumber: ERA fm
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda