Doktor Kongsi 5 Kes Pesakit Terlalu Percayakan Jus Kesihatan Sehingga Buah Pinggang Rosak Teruk

Lambakan jus-jus kesihatan yang dijual di pasaran yang tidak dapat dibuktikan tahap keberkesanan produk tersebut ternyata menimbulkan keraguan. Apatah lagi ianya melibatkan kesihatan tubuh badan.

Doktor ini berkongsi beberapa kisah berdasarkan pengalaman dirinya merawat pesakit yang ‘terpedaya’ dengan iklan jus kesihatan sehingga memilih untuk tidak mendapatkan rawatan dari pihak doktor.

MEREKA KAYA RAYA, KITA NAYA BINASA

1.Seorang ustaz 50 tahun datang klinik untuk temujanji darah tinggi dan kencing manis. Disorong atas kerusi roda. Muda lagi. Saya tanya kenapa ni ustaz, kena stroke ke? Ustaz angguk dan senyum. Saya tanya kenapa sampai boleh kena stroke? Darah tinggi tak terkawal ke ustaz? Kata dia dulu dia takmau percaya dengan perubatan moden, ubat yang doktor bagi dia tak makan dan dia telan juz al hid**ah hari hari sampai gula naik mencanak, tekanan darah naik mendadak. Sekarang dia menyesal dan sedih sebab dah banyak lupa banyak surah surah yang dia dah hafal.

2. Seorang polis umur 55 tahun, datang untuk pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi juga. Alhamdulillah bacaan gula dan tekanan darah semua dah elok dan terkawal cuma bacaan creatinine sedikit tinggi. Maksudnya buah pinggang ada rosak sedikit. Kata dia, dia ada amalkan minum supplemen pa**ga dulu. Kata dia masa dia amalkan minum jus kononnya berkhasiat tu dulu, bacaan gula memang akan naik banyak. Jadi, dia berhenti selepas dinasihatkan oleh doktor. Selepas berhenti dan patuh dengan ubat yang dibekalkan, bacaan kembali normal cuma buah pinggang yang dah rosak sukar dipulihkan. Nasib tak sampai ke tahap perlu cuci buah pinggang.


3. Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya! Saya tanya encik ada jalani hemodialisis ( cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum pa**ga dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

4. Ada seorang kenalan umur 25, perempuan dah kena buat peritoneal dialisis ( cuci darah melalui usus). Saya pelik sebab terlalu muda. Kata dia memang salah dia sebab dulu dulu dia ada makan ubat kurus akibat terpedaya dengan iklan di majalah dan tv. Sekarang dia terpaksa redha akibat pilihan yang salah dahulu. Bayangkan di usia semuda itu perlu cuci darah seminggu tiga kali dengan anak yang kecil lagi perlu dijaga.

5. Seorang polis umur 62 tahun. Duit habis berpuluh ribu. Beli air alkali ( kangen water) dan mesin pemanas dan urut badan konon boleh pulihkan segala penyakit kronik. Semuanya akibat terpedaya dengan iklan dan mulut mulut manis penjual serta segala testomoni yang taktau lah ditokok tambah segala rencah dan rasa. Akibatnya buah pinggang rosak teruk. Bila diberi nasihat oleh doktor secara berkali kali dengan nada yang betul dan pemahaman yang baik, alhamdulillah dia ikut dan semuanya terkawal kecuali buah pinggang tersayang.
Ini baru lima contoh yang paling saya ingat.

Tapi ada terlalu banyak kes yang sama kat klinik. Anda boleh bertanya kepada doktor dan pakar di bahagian nefrologi atau buah pinggang, kebanyakkan penyebab kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh jus jus merapu atau supplemen merapik yang entah apa isi kandungan di dalamnya.

Boleh untuk kita jual supplemen tapi janganlah sampai perlu menipu masyarakat hanya untuk kita kaya dan hidup mewah. Kasihan orang orang kampung, makcik pakcik tua yang mudah percaya, anak muda yang gila nak putih dan lawa. Mereka hanya percaya bulat bulat dengan iklan dan testimoni.

Janganlah kata dengan hanya minumlah jus ini, tak perlu makan ubat doktor, doktor semua agen yahudi, saya guna ayat al quran semasa proses pembikinan jus ini, yada yada yada. Jangan.

Kasihan masyarakat.

Lagi lagi ada juga radio dan tv yang masih membenarkan penjual produk ni menghasut masyarakat. Sedih.

Entah entah yang menjual produk tersebut pun tak menggunakan produk mereka sendiri.

Entah macam mana proses pembuatan semua jus tersebut. Tapi kebanyakkan supplemen dan ubat dan krim cantik ni di ambil di siam dan menggunakan steroid,bekas bekas hanya di beli kilang biasa sahaja.Sebab tu rasa jus jus ni sama saja. Cuba anda pergi rasa. Manis sahaja. Krim pun wangi sahaja sebab ditambah pewangi untuk hilangkan bau merkuri yang kuat.

Konon ada juga kopi untuk lawa lalu jadilah kopi kolagen. Hurm kolagen kalau dicampur dengan kaffein memang musnahlah kolagen tersebut. Macam macam helah penjual.

Ada yang membayar artis dan ustaz untuk menjadi duta. Lagilah masyarakat mudah terpedaya.

Yang terbaru, ada alat sembur untuk pulihkan buah pinggang dan pankreas. Sembur sembur terus sihat. Hurm sembur terus ke organ ke sampai boleh sihat tu?

Teringin saya nak tanya, apalah mechanism of action semua ubat ubat/juz juz/ krim krim ni ya? Kalau boleh terangkan, saya sanggup duduk semeja seharian untuk dengar.

Sebab bila ditanya, testimoni mesti cakap kawan jiran saya, sepupu belah adik saya, entah siapa siapalah. Eh ingatkan diri sendiri yang cuba. Berniaga dengan ikhlas.

Setiap satu tindakan kita dicatat.

Nasihat yang kita beri, kalau salah tapi orang ikut dan sebar sebarkan, kita yang tanggung dosa sebab kita yang mulakan.

Awak menjual, awak dapat duit, pembeli merana dan perlu menanggung akibat sampai ke sudah. Fikir dahulu sebelum berkata dan menjual.

Fikir akan masa depan pembeli.
Ingat, niat tak pernah menghalalkan cara.
Jangan jual agama.
Dan bertanyalah pada yang pakar.

Nota kaki : nyawa itu amanah.

Kredit: Erna Nadia
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!