Kamu Tak Merasa Sakitnya Seorang Isteri.. Jangan La Nak Komen Seolah-Olah Kamu Tahu Sakitnya Apa Yang Kami Rasa..


Perkongsian oleh Puan Aisy Rose mengenai kes bayi yang dikelar oleh ibunya sendiri di Negeri Kelantan. Semoga menjadi pengajaran bagi suami agar memberikan perhatian kepada isteri mereka. Baca lagi

KES IBU KELAR BAYINYA

Scroll-scroll FB terbaca kes seorang ibu kelar bayi nya sendiri. Baca comment ..astofiruallahalazim,sedih sangat.. Baik lelaki perempuan ada yang comment negative tanpa memikirkan apa sebab jadi macam tu? Mesti ada puncanya..

Kamu lelaki tak merasa taw nikmat mengandung,bersalin,menyusukan anak. Kamu lelaki tak merasa sakitnya,letihnya badan bawak perut selama 9 bulan kehulur hilir..Kamu lelaki tak merasa sakitnya kaki bengkak sampai nak pijak lantai pun takut.. Kamu lelaki tak merasa malam susah nak tidur sebab pinggang sakit, perut tiba-tiba mengeras..Kamu lelaki tak merasa macam mana sakitnya contraction dan nak push baby keluar..Kamu tak merasa pedihnya dijahit dibahagian sensitive. Kamu lelaki tak merasa sakitnya bngkak susu semasa berpantang..kamu tak merasa seksanya badan masa berpantang!


Senang-senang comment ‘kalau ada iman tak jadi gini’
Kamu tuhan ke tau tahap iman seseorang?????

Perempuan mengandung sehingga bersalin emosinya memang sukar dijangka.. Sensitif..tiba-tiba je boleh nangis sebab tak tahan sakit badan.. Bila sedang berpantang, jaga la kata-kata yang keluar dari mulut kte bila berhadapan dengan ibu berpantang. Suami WAJIB beri perhatian kepada isteri. Banyak kes si suami kurang perhatian kepada isteri berpantang..Ada pulak yang memaksa ajak brsama sebelum habis pantang..Dalaman ibu berpantang tak sihat lagi, dah digasak bersama.. gila!! Ada pulak yang cakap isteri lembik sangat, orang lain ok je. Jangan tengok orang lain, orang lain mungkin dijaga oleh ibunya 100% semasa pantang. Terurus dan terjaga..Semua complete..

Tapi isteri kamu??

Yang perempuan tak berumahtangga lagi, belum merasa bersalin dan berpantang.. Jangan la nak comment seolah-olah kamu tau sakitnya apa yang kami rasa.. Semua tu boleh berbalik kepada kamu nanti..

PPD ialah post partum depression. Istilah melayu meroyan.. Macam-macam jenis meroyan ada..Panjang kalau nak dicerita.. Apa yang saya boleh huraikan..Lebih-lebih lagi suami, jangan ambil mudah isteri selepas bersalin dan sedang berpantang..Kamu mesti sentiasa berkomunikasi dengan isteri.. Ok tak dia? Ada sakit mana-mana bahagian? Penat ke? Ingatkan dia jangan banyak fikir.. Tengokkan anak yang baru lahir je.. Suami tolong la apa yang patut dirumah kalau ada anak kecil lain.. Tak sempurna kerja rumah macam isteri buat, tak apa la.. Yang penting jangan la sampai macam tongkang pecah..

Allah..mudahnya berkata-kata, pada hal tak berada ditempat ibu tersebut..

Kredit: The Alternatif
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!