Lelaki Ditumbuk Penumpang Arab, Polis Anggap Remeh Temeh, Apa Jaminan Yang Diberikan Kepada Pemandu Grabcar?



Seorang pemandu grabcar mendakwa telah ditumbuk di muka oleh seorang penumpang warganegara Arab Saudi kerana dia tidak mahu membelok keretanya ke jalan sehala seperti yang dikehendaki penumpang berkenaan.

Ekoran kejadian berkenaan, Mohd Aidiel telah membuat laporan di Balai Polis, namun dia kecewa kerana polis berkenaan memintanya menarik balik laporan itu serta beranggapan kes seperti ini adalah kes biasa dan remeh temeh.

Disebabkan Mohd Aidiel tidak berpuas hati akibat kejadian ini dia telah memuat naik gambar ke media sosial berkaitan kejadian yang menyebabkan cermin sisi keretanya rosak teruk.

Kerosakan cermin sisi kereta Mohd Aidiel

Penumpang warganegara Arab yang dipercayai menumbuk Mohd Aidiel

Oleh: Mohd Aidiel Mohd Yusri
 Saya Mohd Aidiel Bin Mohd Yusri, seorang pemandu grabcar telah mengambil penumpang 3 orang warganegara Arab pada 12 februari 2017 iaitu jam 5.35 petang menggunakan aplikasi grabcar.

Lokasi pick up adalah dari restoran Mc Donald Bukit Bintang menuju ke The Face Suites Platinum. Dalam perjalanan di Jalan Sultan Ismail di salah satu traffic light salah seorang daripada penumpang telah mengarahkan saya untuk membelok ke kanan di mana di situ adalah jalan sehala dan tidak boleh membelok.

Saya berkeras tidak mahu ke kanan dan hanya jalan terus sahaja. Lelaki itu marah lalu menumbuk muka saya. Saya memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba kerana terkejut dengan tindakan mereka.

Lalu mereka keluar dari kereta dan menyerang kereta saya sehingga menendang side mirror sehingga patah dan mereka pun berlalu pergi tanpa membuat sebarang bayaran.

Tindakan polis:
Saya telah membuat report polis tapi polis hanya menganggap kes saya adalah remeh temeh sehingga menyuruh saya tarik report walaupun tuntutan ganti rugi pada saya masih belum dapat.

Tindakan grabcar:
Grabcar hanya mampu memberikan detail penumpang tanpa mahu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku terhadap saya.

Persoalannya di sini, apakah jaminan yang boleh diberikan terhadap pemandu-pemandu grabcar?

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda