Jangan Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral. Boleh Bahayakan Buah Pinggang!

Semua ibu mahu berikan susu yang terbaik kepada bayi mereka. Ramai yang tahu tentang kebaikan susu ibu berbanding susu lain yang ada di pasaran. Namun, tidak semua ibu berpeluang menyusukan bayi mereka dengan susu ibu atas sebab-sebab tertentu.

Sudah tentu susu formula menjadi pilihan kedua sebagai sumber makanan awal bayi usia bawah 6 bulan. Susu formula bukanlah disteril! Ia mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit serius di kalangan bayi.

Mematuhi kaedah penyediaan dan penyimpanan susu formula dengan betul, dapat mengurangkan risiko bayi diserang penyakit.

Beberapa perkara berikut mesti dipatuhi oleh para ibu bapa semasa menyediakan susu formula untuk bayi.

1. Sentiasa sediakan susu formula yang baru setiap kali hendak beri anak minum.

2. Jangan sediakan awal dengan alasan mudah hendak diberi bila anak menangis mahu susu. Ini kerana penyediaan susu formula lebih awal menyediakan keadaan sesuai untuk bakteria berkembang terutama jjika di simpan dalam suhu bilik.

3. Sekiranya anda mahu menyediakan awal untuk digunakan kemudian, ia perlu dibuat mengikut sukatan sekali minum dalam satu botol, biarkan dalam suhu normal kemudian baru simpan dalam peti ais (suhu tak lebih daripada 5 ℃)

4. Buang susu yang disimpan dalam peti ais sekiranya tidak digunakan dalam masa 24 jam.

Ada ibu yang memilih untuk menggunakan air mineral sebagai air bancuhan susu formula anak kerana berfikiran ia lebih berkualiti berbanding air paip di rumah. Benarkah?

Menurut UK Department of Health, air mineral semula jadi boleh mengandungi kepekatan bahan terlarut lebih tinggi seperti nitrat, natrium, fluorida dan sulfat yang mungkin menjurus beban terlebih larut jika ia diberikan kepada bayi.

Manakala air paip yang diminum setiap hari (dimasak terlebih dahulu) hanya mengandungi klorin dan fluorida - semua mineral dikeluarkan ketika proses rawatan. Bagaimanapun, komposisi air mineral telah berubah - mineral tambahan tidak ditambah mahupun dihilangkan darinya.

Jabatan Kesihatan tersebut menyarankan supaya ibu bapa memeriksa label dan mengelakkan daripada menggunakan air dalam botol yang dilabel sebagai 'air mineral semula jadi' kerana tidak mencapai tahap piawaian air paip dan lain-lain minuman botol.

Kesimpulannya air mineral tidak sesuai digunakan dalam membancuh susu formula bayi disebabkan kandungan mineral mungkin membebankan buah pinggang bayi.

Sementara air minuman dibotolkan yang tidak dilabel sebagai air mineral didapati mematuhi piawaian asas sama seperti bekalan air paip yang sesuai diberi kepada bayi semasa menyediakan susu formula mereka.

Risiko kesihatan kepada bayi jika buat susu guna air mineral

Kandungan mineral terlalu tinggi memberi risiko kepada bayi. Pada tahun 1994, Weaning and the Weaning Diet, Jabatan Kesihatan UK mengeluarkan kenyataan:

"Pengambilan sodium berlebihan tidak diperlukan terutama pada bayi."

Kandungan nitrat yang tinggi dalam air adalah salah satu punca masalah methaemoglobinaemia di kalangan bayi.

Kandungan nitrat dan sulfur yang tinggi ada dalam air mineral semula jadi. Para sulfat yang tinggi iaitu 400 - 500 miligram per liter berisiko seperti julap (menyebabkan pergerakan usus berlebihan) terutama pada kanak-kanak."

Air mineral semula jadi boleh mengandungi jumlah fluorida yang berbeza dengan tahap tinggi yang tidak sesuai sebagai sebahagian daripada diet bayi."

Sumber: majalahpama.my
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda