Resipi Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci Dan Halal. Rupanya Senang Je Nak Buat

Anda suka guna fish cake untuk dimasukkan ke dalam masakan? Aha…anda harus cuba resipi fish cake homemade ni. Mudah je cara pembuatannya. Boleh buat stok banyak-banyak. Lepas tu kebersihan lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecik (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend nanti, ce rasa jangan masin sangat ye sebab nanti time sejuk lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dari air batu)

** Untuk isi ikan, anda boleh menggantikannya dengan fish fillet. Tetapi jangan masukkan air ye sebab dalam fillet sudah ada kandungan air. Jadi abaikan sukatan air.

CARA MEMASAK:

1. Ambil isi ikan tenggiri sahaja, Buang kulitnya. Kisar helus menggunakan food processor atau tumbuk.

2. Kemudian masukkan sedikit air ais. Kisar lagi dan masukkan garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. (ajinomoto adalah optional. Boleh abaikan jika tidak suka.)

3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar lagi hingga rata.

4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Jika tiada loyang, boleh guna bekas lain yang tahan panas.

5. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memudahkan proses mengeluarkan fish cake dari loyang. 

6. Ratakan adunan fish cake serta padatkannya. Sapu sedikit minyak di jari dan licinkan permukaan kek ikan tadi.

7. Masukkan ke dalam pengukus dan masak selama 15 minit atau sehingga masak.

8. Setelah masak, terbalikkan dan potong kecil menyamai bentuk fish cake yang dijual di kedai.

9. Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

Kredit Resipi: FB Tahrunnisah Jali
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda