10 Nasihat Rasulullah SAW Kepada Fatimah RA

Rasulullah SAW pernah menyampaikan nasihat kepada puterinya Fatimah ra. Sepuluh nasihat itu merupakan mutiara yang tidak ternilai harganya, khususnya bagi golongan isteri yang mendambakan ganjaran istimewa daripada Allah SWT.

Berikut merupakan sepuluh nasihat tersebut:

1. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya kelak Allah SWT tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadunnya dan juga Allah SWT akan meleburkan keburukan serta meningkatkan darjatnya”.

2. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah SWT akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah”.

3. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya seorang yang memakaikan minyak pada rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah SWT akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1,000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian”.

4. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membantu keperluan tetangganya, maka Allah akan membantunya agar dapat minum dari telaga Kautsar pada hari kiamat nanti”.

5. “Wahai Fatimah! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isterinya. Andai kata suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah SWT”.

6. “Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita mengandung, maka malaikat memohonkan keampunan baginya, dan Allah SWT tetapkan baginya setiap hari 1,000 kebaikan serta melebur 1,000 keburukan. Ketika seorang wanita merasa sakit untuk melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang yang jihad di jalan Allah.

Di saat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Di saat seorang wanita meninggal ketika melahirkan, maka tidak akan membawa dosa sedikitpun.

Di dalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala 1,000 orang yang melaksanakn ibadah haji dan umrah dan 1,000 malaikat memohonkan ampunan baginya sehingga hari kiamat”.

7. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya dengan 1,000 kebaikan. Allah SWT pun akan memberikan kepadanya pahala sebanyak 100 kali ibadah haji dan umrah”.

8. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri tersenyum di hadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih”.

9. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalannya, dan Allah SWT mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang”.

10. “Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumis suami, serta memotong kukunya, maka Allah akan memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.

Allah juga akan memudahkan sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bagian dari taman syurga. Allah juga menetapkan baginya bebas dari siksaan neraka serta dapat melintasi siratal-mustaqim dengan selamat”.

Subhanallah, begitu besar pahala dan kelebihan kepada para isteri yang sentiasa ikhlas melakukan kebaikan terhadap suaminya. Semoga para isteri di luar sana ialah isteri yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati suaminya.

Sumber : tazkirah.net
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda