5 Cara Mudah Singkirkan Lemak Di Perut dengan Hanya Berbaring!

Buncit..Boroi..Spare Tires..Ini panggilan untuk perut yang semakin ke depan. Biasanya orang lepas kahwin mengalami masalah ini. Maklumlah hati dah senang makan minum orang jaga. Namun, masalah perut buncit ini bukan wujud pada kaum lelaki sahaja malahan kaum wanita kerap mengalaminya selepas bersalin. Nak pula bagi mereka yang bersalin secara pembedahan. Lebih memalukan apabila masalah buncit ini menjadi tanda tanya sama ada wanita tersebut mengandung atau pun buncit.



Mengalami masalah perut buncit mendatangkan masalah kepada pemilihan pakaian seharian. Sukar untuk mengenakan baju yang sesuai malahan keyakinan diri juga semakin berkurangan. Dengan kurang masa untuk bersenam adalah sukar untuk mengatasi masalah buncit dengan krim sapuan ataupun ubat kurus. 

Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit sehingga ada yang menawarkan kos yang tinggi. Namun, dengan cara mudah yang akan kami kongsikan ini, anda dapat menghilangkan lemak di perut walaupun ketika berbaring:

senaman untuk perut boroi - Knees Up Crunch

Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke atas. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan hasil yang paling cepat kelihatan.
Senaman Perut Boroi - Crisscross

Crisscross
Senaman ini dilakukan dengan berbaring dan meluruskan kaki ke hadapan dan mengangkatnya sedikit, kemudian kedua belah kaki digerakkan atas ke bawah berulang-ulang. Ia dapat menghilangkan lemak bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut.


Senaman Perut Boroi - Cross Crunch
Cross Crunch

Senaman yang mengutamakan kekuatan atas perut dan sisi bahagian perut dengan cara mensilangkan satu kaki pada lutut kaki yang di gunakan sebagai sokongan dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke arah silang kaki tersebut.Senaman ini hampir sama dengan knee crunches tetapi ada sedikit penambahan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas.

senaman perut buncit selepas bersalin - leg-lower

Legs Lower
Senaman yang mengutamakan kekuatan bawah dan tenga perut. Pelbagai cara kaedah senaman legs lower ini boleh di lakukan. Dengan cara kita bergantung dan kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita, dengan cara berbaring kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita sehingga 90 darjah ataupun dengan cara berbaring kemudian mengangkat hanya sebelah kaki sahaja.

senaman perut buncit selepas bersalin - Flutter KicksFlutter Kicks

Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ianya mudah sebagai permulaan bagi mengerakkan pergerakan keseluruhan otot perut boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.Dengan membangunkan sedikit badan ke atas kemudian angkat kaki seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidaklah perlu laju atau terlalu perlahan, cukup seperti anda berenang sudah memadai.

Anda hanya perlu lakukan di rumah, tingkatkan kiraan dan sesi senaman dari hari ke hari. Jika anda rasa sukar untuk mendisiplinkan diri dengan senaman ini. Kami syorkan anda dapatkan dorongan dari kawan-kawan atau pasangan masing. Rugi tak buat mudah sangat dan boleh di lakukan di rumah. Jika ada modal anda boleh sertai kelab gym secara bulanan tapi apapun pastikan disiplin bersenam sudah ada.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda