[ ALERT ] Dahlah Gelap, Tak Sedap Hati Bila Lelaki Ini Asyik Perhatikan Saya

Dahlah Gelap, Tak Sedap Hati Bila Lelaki Ini Asyik Perhatikan Saya

Ketika berada di KTM Padang Jawa semalam (7 Mac 2016), saya naik tren yang terakhir. Jadi sampai di rumah pun agak lewat.

Sementara menunggu makcik datang menjemput, saya duduk di satu bangku. Semasa dudu saja di bangku, ada seekor kucing datang dan mengesel-gesel badannya di kaki kiri saya dan mengiau bising seolah-olah mahu menunjukkan yang dirinya lapar dan mahukan makanan.

Sekitar KTM Padang Jawa, tiada jual apa-apa. Saya pun tidak tahu nak bagi makanan apa pada kucing itu. Dalam beg saya sendiri tiada makanan mahupun minuman.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang kebetulannya turun sama-sama dengan saya di stesen Padang Jawa, menangkap kucing itu dan membelainya. 

Jika dilihat dari paras fizikal dan rupa, mungkin beliau berusia dalam lingkungan 24 tahun ke atas. Dia membuka beg dan mengeluarkan beberapa roti lalu diberikan kucing itu makan. 

Subhanallah, anda sendiri boleh zoom bagaimana lahapnya kucing itu tadi sedang menikmati makanannya. 

Selepas dia memberi kucing itu makan, lelaki itu asyik memandang saya. Saya dapat merasakan dia memandang saya sebab saya sedang mengalih pandangan ke arah kucing itu disebelahnya. Banyak kali saya dapat rasakan yang dia seperti sedang memerhatikan saya.

Yang peliknya, selepas beberapa minit, datang sebuah kereta Proton Saga, milik rakan kepada lelaki itu tadi sebab nampak dia sedang menjawab panggilan dan terdengar perbualan yang mengatakan dia telah sampai di KTM Padang Jawab. 

Tetapi bila kereta Proton Saga dia sudah sampai di depan KTM, dia mengarahkan rakannya parking di depan perhentian bas dan menunggu seketika. 

Pada masa itu saya sudah rasa tidak sedap hati sebab kawasan KTM ini pula sangat gelap. Bermacam-macam yang bermain di fikiran saya sebab dia pula tak habis-habis lagi memandang saya. Mulalah mulut ini terkumat kami dengan zikir keselamatan diri seperti yang sering diajar oleh ayah dan juga ayatul kursi tanpa henti.

Kemudian, telefon berbunyi. Makcik kata lagi dua minit dia akan tiba di KTM. 

"Fuhh! Leganya hati," 

Semasa dalam perjalanan menuju ke kereta makcik, mahu tak mahu saya terpaksa lalu di depan lelaki itu sebab kawasan tangga berdekatan dengan tempat dia berdiri. Semasa hendak turun, dia berkata pada saya,

"Awak, lain kali jangan lewat jalan sendiri. Bahaya, member saya dah sampai dari tadi, tu yang tengah parking tu," katanya sambil menunding jari ke kawasan parking. 

"Tetapi saya tak gerak lagi sebab awak tak gerak lagi. Kalau saya gerak tadi, saya tak tahu apa nasib awak berdua dengan uncle itu," katanya sambil menunjuk pada pakcik guard yang berkulit hitam. 

"Yang penting, guard itu bukan penduduk asal Malaysia. Sekarang ini saya dah boleh gerak sebab awak dah selamat nak balik. Hati-hati," katanya lagi.

MasyaAllah! Wallahi terkesima, terpana, terkejut, terdiam. Rupa-rupanya dia asyik memandang saya dari tadi sebab mahu mengawal 'keselamatan' saya. Lagi-lagi saya wanita yang memakai niqab di tempat gelap bersendirian. Betapa saya terlalu berhutang budi pada beliau dan saya tidak pasti sama ada sampai atau tidak 80% lelaki Melayu kita ini yang boleh bersikap seperti itu. Yang penting, itu juga cara-Nya menunjukkan cinta kepada hambaNya. 

Saya tidak mengangkat diri bahawa saya sentiasa rasa terjaga oleh Rabb. Sebaliknya saya berasa malu sebab beribu dosa yang saya lakukan, Rabb masih sudi dan mahu memandang saya bahkan menjaga saya di saat waktu terancam seperti itu. 

Sebenarnya sudah terlalu banyak pengalaman yang membuatkan hati ini sebak dan sebak bila mengenangkan betapa rahmat Allah terlalu luas. Sungguh Maha Agungnya Allah. Maha Besarnya Allah. 

Siapa follower lama mungkin pernah mengikuti juga kisah benar saya, mengenai orang gila di kawasan BANK BSN yang telah memegang dan menyentuh semua wanita dalam bank, tapi ketika saat menghampiri saya. Orang gila itu terkaku. Dan lidah saya basah dengan zikir serta ayatul kursi. Badan dah menggigil tahap gila tapi Allah jaga dan tetap jaga. Dia tak sentuh sedikitpun tubuh saya.

Pesanan saya, sama ada lelaki mahupun perempuan, sebelum kaki langkah keluar rumah, jangan lupa ayatul kursi. Jangan sesekali lupa. Wallahi, saya boleh saja coretkan betapa ajaibnya amalan ini, dalam 1 buku yang tebal semenjak saya telah mengamalnya sejak berusia 18 tahun. (Permualaan hijrah) hingga hari ini 22 tahun. Apa pun, semua itu adalah kehendak Dia. Banyak fadhilat ayatul kursi yang selalu orang islam abaikan. It's never too late to start something great. Let's begin now! - Kak Hassanah

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda