Bengang Dilabel Pelakon Kayu, Uqasha Senrose Ada Cara Tersendiri!

Bengang Dilabel Pelakon Kayu, Uqasha Senrose Ada Cara Tersendiri!
Sudah menjadi lumrah bergelar seorang selebriti, setiap apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian umum tidak kira baik mahupun sebaliknya. Yang baik cara baik, yang buruk pula cara buruk. Malah ada sahaja ‘point’ akan dicari untuk mengkritik setiap apa yang dilakukan seseorang itu. Dengan kata lain kononnya nak jadi hakim, menghakimi orang!
Bengang Dicemuh Ramai, Uqasha Senrose Punya Cara Tersendiri!
Menurut Uqasha Senrose, dia kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang suka melemparkan tuduhan dan kritikan yang melulu terhadap dirinya.
“Benda sudah berlalu, jadi biarlah ia pergi. Cerita lama. Sebagai manusia biasa, saya sendiri tak dapat lari daripada berbuat salah. Belum habis cerita baharu, ada pula yang timbulkan cerita lama”
“Mentaliti sesetangah orang kita terlalu melihat yang negatif hingga benda yang baik dilupakan. Bukan bermaksud saya tak boleh terima teguran. Tetapi, jalau nak menegur sekalipun, biarlah berhemah,” jelasnya.
Bengang Dilabel Pelakon Kayu, Uqasha Senrose Ada Cara Tersendiri!
Tidak habis-habis dilanda kontroversi panas, kini pelakon Uqasha Senrose punya cara tersendiri. Dia kini menyekat akses pengikut di akaun laman sosial miliknya yang biadap kerana tidak mahu terus terjerumus dalam lembah kritikan tidak membina dan negatif.
Tambah Uqasha lagi apa yang dilakukannya itu adalah untuk dirinya sendiri selain mahu mengelakkan dirinya terkesan dengan perkara negatif.
“Jangan cakap ikut sedap mulut saja. Kenapa perlu saya ‘simpan’ orang yang tegur keterlaluan. Jadi lebih baik saya sekat akses mereka di laman sosial daripada terus merosakkan mood diri sendiri,” katanya.
Bengang Dilabel Pelakon Kayu, Uqasha Senrose Ada Cara Tersendiri!

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda