Kucing Eksotik Sultan Mizan Jadi Tumpuan Netizen. Nak Tahu Berapa Harganya?

GAMBAR Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mendukung seekor kucing eksotik telah menarik perhatian ribuan pencinta haiwan comel berkenaan menerusi laman sosial.

Kucing Eksotik Sultan Mizan Jadi Tumpuan Netizen. Nak Tahu Berapa Harganya?

Kucing yang dimaksudkan itu berasal daripada keluarga Caracal, sejenis spesies kucing liar yang lazimnya mendiami kawasan berbatu dan gurun di negara-negara benua Afrika, beberapa negara Asia khasnya India.
Nama jenis kucing unik ini malah berasal daripada perkataan Turki iaitu “karakulak“, yang bermaksud telinga hitam. Carcacal juga dipanggil Lynx padang pasir, kerana ada ciri-ciri persamaan dengan kucing liar berkenaan.
Haiwan berkaki empat tersebut kebiasaannya mempunyai beberapa ciri menarik terutama bulu warna hitam unik yang lentik pada hujung telinganya dengan ukuran sepanjang 4.4 sentimeter.
Selain badan yang dipenuhi bulu cantik berwarna emas kemerah-merahan, ia turut mempunyai purata berat sebanyak 18 kilogram buat seekor Caracal jantan dewasa.
Kucing yang amat eksotik ini dikategorikan sebagai ‘kucing kecil’ yang paling besar di Afrika. Pasti anda tertanya-tanya berapakah harga haiwan terbabit bukan?
Kucing Eksotik Sultan Mizan Jadi Tumpuan Netizen. Nak Tahu Berapa Harganya?

Menerusi tinjauan di sebuah akaun Facebook yang menjalankan bisnes kucing eksotik di Malaysia, iaitu Laman Khazanah Rimba Cattery, harga semasa buat kucing diimport Amerika Syarikat ini dijual pada harga RM150,000.
Maka amat jelas di sini, harga ‘tidak mampu milik’ berkenaan menunjukkan hobi membela kucing Caracal ini merupakan amalan kegemaran buat golongan-golongan ternama.
Bagi peminat kucing tempatan, kalau diberikan peluang untuk membuat kacukan dengan baka Caracal ini mungkin sudah cukup baik. Namun sedia maklum kucing yang mahal begini cara penjagaannya memang tidak sama dengan kucing tempatan. 

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda