Lebih 20 Tahun Bersama Dapur Klasik Prof.Dr.Muhaya Mendekorasi Semula Dapur Menjadi Moden
Dapur merupakan ruang peribadi bagi ramai wanita di mana setiap sentuhan kreatif mestilah mengikut idea mereka. Pelbagai jenis tema sama ada klasik mahupun moden ramai wanita sentiasa mengidamkan ruang dapur yang luas selesa untuk menyediakan masakan untuk sekeluarga.
Ini lantaran rona emas kekuningan yang dipilih memaparkan kelembutan yang seterusnya menyuntik ketenangan kepada pemilik kediaman dan tetamu yang hadir. Mendapat sentuhan pereka daripada D Format Cabinet Shop, Dr. Muhaya mula tertarik dengan rekaan almari pakaian milik anaknya. Reka bentuk yang menawan dan kemas serta sikap pereka yang profesional membuatkan beliau jatuh hati dengan rekaan daripada D Format itu.
Ruang dapur yang luas membolehkan pelbagai dekorasi moden diperkenalkan kepada dapur klasik Dr. Muhaya. Kabinet pinggan yang tersusun dan tertutup memastikan kebersihan dan juga susunan barang-barang yang kelihatan formal. Susunan yang memudahkan proses mengambil dan menyimpan membantu Dr. Muhaya yang sibuk dalam kehidupan sehariannya.
Tiada perkara yang lebih hebat daripada dapat menghabiskan masa makan berbual dengan keluarga. Pemilihan tona warna yang cerah membuatkan kita rasa selesa dan pastinya Dr. Muhaya lebih arif dengan warna-warna yang membantu penglihatan ketika di dapur dan juga memberikan pesona kepada mereka yang menjejakkan kaki ke dapurnya.
Comments
Post a Comment