Lihat Bagaimana Cuka Epal Selesaikan Masalah Skin Tags ( Lebihan Kulit ) Tanpa Kesakitan

petua hilangkan lebihan kulit skin tag tanpa kesakitan

Pernah tak anda gunakan nail clipper untuk membuang lebihan kulit yang timbul di bahagian leher? Ianya pasti menyakitkan dan anda mungkin menyesal melakukannya sebab lebihan kulit tu masih berbaki lagi. 

Cara terbaik untuk menghilangkan lebihan kulit tanpa kesakitan malahan PERCUMA ialah dengan menggunakan cuka epal yang boleh dibeli di kedai biasa.

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan. 

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

Menurut pakar, Dr Doug Willen yang juga dikenali sebagai The Health Fixer, satu lagi cara atau proses yang boleh digunakan untuk menghapuskan skin tags (lebihan kulit) yang biasa ada di leher, celah ketiak, bawah mata adalah dengan bantuan cuka epal.

Medicine Net menjelaskan skin tags merupakan perkara yang biasa dan tidak merbahaya. Menghilangkan skin tags boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, ada yang melibatkan teknik khusus yang dilakukan oleh ahli dermatologi.

Dalam video di bawah, Willen menjelaskan bagaimana menggunakan cuka epal membantu untuk menghilangkan skin tags. Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di kawasan yang terlibat, urut perlahan-lahan, lakukan rawatan berulang kali. Dari semasa ke semasa, anda boleh lihat skin tags mula hilang. 


loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda