Pasukan ‘Pekerja Jawatan Awam’ Macau Mengaibkan ‘Pemain Bola Sepak Profesional’ Malaysia

Pasukan ‘Pekerja Jawatan Awam’ Macau Mengaibkan ‘Pemain Bola Sepak Profesional’ Malaysia

Pemain Malaysia, Norsahrul Iddlan Talaha (kanan) berebut bola dengan pemaiin Macau, Cheang Cheng Leong dalam perlawanan persahabatan kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat, Selasa malam. Foto: Bernama

Kegagalan skuad Harimau Malaysia melakar kemenangan ke atas Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium HangJebat, Krubong pada Selasa malam, mengecewakan ketua jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee berkata keputusan terikat tanpa jaringan berdepan pasukan berkenaan, yang berada di ranking lebih rendah dari Malaysia, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Beliau juga kecewa dengan jentera serangan negara yang gagal menjaringkan gol walaupun memiliki banyak peluang berbuat demikian.

Pasukan ‘Pekerja Jawatan Awam’ Macau Mengaibkan ‘Pemain Bola Sepak Profesional’ Malaysia

“Sudah tentu saya tidak boleh terima (keputusan malam ini), begitu juga pemain dan penyokong. Mereka mahukan kemenangan tetapi apa yang kita lakukan tidak mencukupi…kita perlu perbaiki prestasi.

“Kita menguasai permainan tetapi gagal memanfaatkan peluang. Kita harus belajar daripada perlawanan ini,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Pasukan ‘Pekerja Jawatan Awam’ Macau Mengaibkan ‘Pemain Bola Sepak Profesional’ Malaysia

Sementara itu, ketua jurulatih Macau Tam Lao San berkata pasukannya terpaksa menggunakan corak permainan bertahan bagi mengekang asakan pemain tuan rumah.

“Malaysia beraksi lebih baik…menampilkan corak permainan pantas tetapi kita bermain sebagai sebuah pasukan dan saya benar-benar berpuas hati dengan prestasi pemain saya,” katanya.

Ketua jurulatih Macau, Joseph Tam turut mendedahkan pemainnya terdiri daripada pemain amatur yang bertugas antaranya sebagai guru dan penjawat awam.

Malah kapten pasukan di tangga 195 dunia itu hanya seorang guru, manakala Tam sendiri bertugas sebagai editor kanan di sebuah stesen televisyen di Macau.

Untuk rekod, Malaysia berada di ranking ke-166 dunia, manakala Macau di kedudukan ke-195.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!