Penduduk Kuala Selangor Di Kecam Kerana Ambil Kesempatan Ketika Lori Vico Terbalik - Ini Jawapan Dari Pengurus Syarikat Lori Terbabit

KUALA SELANGOR: Insiden orang ramai mengambil stok produk minuman Vico daripada lori yang terbalik di Kampung Asam, Kuala Selangor semalam yang menjadi viral sejak pagi tadi mencetuskan perdebatan di kalangan warga maya.
Penduduk Kuala Selangor Di Kecam Kerana Ambil Kesempatan Ketika Lori Vico Terbalik - Ini Jawapan Dari Pengurus Syarikat Lori Terbabit
Kejadian pertama kali dimuat naik Mohamad Fariduddin di laman kumpulan Truckers & Snaper (Malaysia Brand).
Kemudian turut diulas oleh seorang pengguna Facebook, Iella Cahaya KurniaMu dengan mendakwa orang ramai mengambil barang tersebut setelah diberikan izin oleh pemandu atas alasan stok berkenaan telah rosak dan telah diinsurankan.
Penduduk Kuala Selangor Di Kecam Kerana Ambil Kesempatan Ketika Lori Vico Terbalik - Ini Jawapan Dari Pengurus Syarikat Lori Terbabit

Penduduk Kuala Selangor Di Kecam Kerana Ambil Kesempatan Ketika Lori Vico Terbalik - Ini Jawapan Dari Pengurus Syarikat Lori Terbabit

MySuara kemudian menghubungi syarikat Krian Lorry Transport Sdn Bhd dan mendapatkan kesahihan kejadian tersebut.
“Tidak benar! Kami tidak mengizinkan orang ramai ambil barangan pelanggan kami yang terjatuh ketika kemalangan semalam. Ini sikap yang tidak baik,” jelas Pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Ong dengan sedikit pelat.
Malah tambahnya apabila pemandu dan kelindan dikejarkan ke hospital, orang ramai masih terus mengambil produk berkenaan tanpa rasa bersalah walau pun beberapa anggota polis trafik tiba untuk mengawal lalu lintas dan melarang orang ramai berbuat demikian.
Penduduk Kuala Selangor Di Kecam Kerana Ambil Kesempatan Ketika Lori Vico Terbalik - Ini Jawapan Dari Pengurus Syarikat Lori Terbabit

“Kami sudah hantar lori kedua yang sampai sejam kemudian untuk mengambil stok berkenaan,” tambahnya yang kecewa kerana hanya 40 peratus stok dapat diselamatkan sementara bakinya sudah diambil oleh orang ramai yang tidak bertanggungjawab.

Penduduk Kuala Selangor Di Kecam Kerana Ambil Kesempatan Ketika Lori Vico Terbalik - Ini Jawapan Dari Pengurus Syarikat Lori Terbabit
Beliau juga menafikan dakwaan segelintir pengguna laman sosial bahawa barangan yang jatuh daripada kemalangan boleh diambil kerana telah diinsurankan dan akan diberikan ganti rugi.
“Jika pelanggan kami mempunyai insuran mungkin mereka boleh mendapatkan sedikit ganti rugi. Jika tiada maka kami terpaksa bertanggungjawab untuk mengantikan kerugian tersebut,” ujarnya yang bersetuju bahawa tindakan mengambil kesempatan tersebut tidak ubah seperti mencuri secara terbuka.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda