" Sila SAMAN Saya Atas Servis Yang Saya Tak Langgan " - Kes PANAS Astro Menipu Tuntutan

" Sila SAMAN Saya Atas Servis Yang Saya Tak Langgan " - Kes PANAS Astro Menipu Tuntutan

Sila SAMAN saya atas servis yang saya tak langgan, akaun yg dah di tutup ATAU saya saman awak balik atas tuduhan, percubaan MENIPU TUNTUTAN!! - Kay Rules

Untuk makluman anda, sekarang ini bukan senang-senang nak tutup akaun Astro. Kalau sebelum ini hanya perlu call dan tamatkan perkhidmatan sahaja. Sekarang anda perlu sebulan notis baru boleh tamatkan perkhidmatan langganan Astro.

Namun begitu, ramai juga yang tidak tahu (termasuk admin sendiri) kalau nak tutup akaun Astro sebenarnya kita tidak perlu sebulan notis pun kerana tiada sebarang perjanjian yang kita tandatangani melibatkan syarat baru tersebut.

Sebagaimana yang dilalui oleh seorang bekas pelanggan Astro yang menggunakan nama Kay Rules, yang telah berjaya menutup akaun Astro tanpa syarat tersebut seperti ceritanya dibawah.

" Sila SAMAN Saya Atas Servis Yang Saya Tak Langgan " - Kes PANAS Astro Menipu Tuntutan

Bagaimanapun Kay Rules terpaksa ‘bertarung sengit’ juga barulah usahanya itu berjaya. Menerusi perkongsiannya menerusi laman sosial, Kay Rules mendakwa, pihak Astro telah melakukan penganiayaan terhadap dirinya.

“Astro memang banyak ‘hidden’ charge dia, berlaku kat diri sendiri masa nak terminate. Lepas call customer servis, mereka kata kalau nak terminate, kena sebulan notis sebagaimana dalam agreement. Spontan aku cakap, takde dalam agreement dan tanya itu klausa berapa? Dia tak boleh jawab dan tak tahu. Bila ditanya saya nak terminate hari ni jugak, apa yang perlu dibuat? Katanya kena ke servis center yang terdekat,” tulisnya.
Menurut Kay dia terpaksa berkejar ke pusat servis apabila diminta berbuat demikian sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan siaran berbayar dengan syarikat tersebut.
“So, rushing ke servis center di Taman Molek JB. Staff dan manager kata tak boleh terminate. Kena sebulan notis. Aku kata tak ada dalam agreement dan minta astro kemukakan bukti yang aku sign agreement tu. So, diaorang ‘surrender’ dan kenakan syarat, boleh terminate hari ni juga tapi dekoder semua dipulangkan. Piring tak perlu,” tulisnya.
Dia terpaksa pulang ke rumah untuk ambil semua kabel dan dekorder seperti yang diminta pihak astro. Malangnya, selepas membuat semua pembayaran dan menandatangani borang pemulangan dekoder tersebut pihak pengurusan astro yang sebelum ini mengatakan tiada sebarang caj selepas itu, melakukan sesuatu diluar jangkaan.
“Tiga bulan lepas tu, astro hantar surat tuntut tunggakan beserta surat lawyer dengan alasan aku tertunggak sebulan sebab ‘by hook or by crook’, nak ‘terminate’ kena notis sebulan. Dipendekkan cerita, lepas bertekak dengan customer servis dan respon kepada lawyer yang kurang bijak tu beserta bukti penutupan akaun, pemulangan dekoder dan resit-resit bayaran rasmi, terus senyap sampai ke hari ni,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, pelanggan itu kemudiannya meminta peguam tersebut memfailkan saman ke atas servis caj yang tidak dilanggan.
“Aku just ‘sound’ je lawyer yang kurang cerdik tu, sila saman saya atas servis yang saya tak langgan, akaun yang dah tutup dan dekoder pun dah takde atau saya saman awak atas percubaan menipu tuntutan palsu…,” tulisnya.

Status tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan perkara tersebut sebagai penganiayaan yang sengaja dilakukan oleh pihak syarikat besar seperti Astro.

Dalam pada itu, menerusi laman Forum Cari, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka semasa mahu menutup akaun Astro. Jelasnya, memang susah nak tamatkan perkhidmatan Astro. Apapun beliau berjaya selesaikan dengan sebaiknya.

Namun begitu, pelbagai cara yang ‘pihak Astro’ gunakan untuk menarik kembali pelanggan mereka. Ada cara promosi langganan percuma dan sebagainya.

“Astro tamak giler sanggup menganiaya. ai percaya je kes camni. i dah 2 thn terminate astro.. terminate properly, takde kena bagi notis tapi cakaplah elok2 dgn rep. bayar segala outstanding bill & bagi reason sbb apa nak terminate. bila dioffer pakej lain pun i tolak. tapi astro mmg aggresive… tetiap tahun call offer utk sambung balik. astro call my hp dari 03-####, i tak jawab, diorang call guna hp number. i jwb sbb ingatkan hal kerja. takmo sambung. lps tu call lagi, i reject call. call pulak no. ofis i… i refuse. esoknya rep lain lak call my ofis… sampai dah jadi harassment. i hang up jer bila dia intro cakap dari astro. nasibler. memacam la free 3 bln laa.. free 5 bln laa.. i TAKNAK. mesti lepas abis yg free tu, WAJIB amik terus pakej tu sampai kurang2 setahun ke apa baru boleh terminate semula di masa depan. kalau tak, jadilah kes yg astro nak saman bagai ni. kena sign contract gitu. macam astro ni in denial jer ada orang boleh hidup tanpa astro.”

Bagi admin, takde astro pun takpe..janji line internet kena power streaming je movie online.. Betul tak?

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda