Suami Pemalas Kerja Dan Tak Solat - Adakah Itu Balasan Dosa Seorang Isteri?

Suami Pemalas Kerja Dan Tak Solat - Adakah Itu Balasan Dosa Seorang Isteri?

‘Ustaz, suami saya pemalas kerja dan tidak solat, rumah sewa pun saya yang kena bayar. Tolonglah ustaz…’
.
Seorang wanita semasa seminar program anjuran “keluargasunnah” menangis dan tanya ustaz kenapa hidup saya penuh masalah. Saya tidak ada anak. 

Suami saya pemalas dan tak kerja…tidak solat. Saya mula nampak dia sibuk dengan hiburan…duit rumah semua duit saya. Dia ada di depan sana. 

Saya puas pujuk dia datang dengar ceramah hari ini. Ustaz doakan yer..kenapa hidup saya sempit dan begini ustaz. Perniagaan saya pula merosot…adakah sebab dosa saya sebelum ini…kesilapan lalu..ada juga orang kata saya kena buatan orang. 

Saya tanya dia, puan benar-benar ingin mendengar jawapannya…saya tahu jawapannya… Beritahulah ustaz…. 


Semua ini kerana Allah sayang puan…hanya kerana dia sayang…dia ingin puan kembali padanya…dia nak ampunkan puan dan masukkan puan dalam syurga…hanya kerana dia sayang. Saya boleh janji puan akan bahagia selepas ini..tapi puan kena buat sesuatu… 

Bagaimana ustaz? Memang akan bahagia lagi ke hidup saya ni. Apa amalan tu ustaz… 

Sebelum puan balik ke rumah lagi cari peluang untuk berdoa dan bertaubat. Dalam majlis ini nanti ada saat kita berdoa bersama-sama. Puan menangis bersungguh-sungguh dan bertaubat pada Allah. Allah akan buka jalan dan saat itu juga puan akan bahagia… 

Saya berani janji kerana Allah janji. Dalam ingat pada-Nya hati pasti tenang dan tenteram bahagia. Dia pemilik semuanya…bila dia nak bagi bahagia, dia yakni Allah boleh beri seorang bahagia tak perlu suami yang baik. Tanpa duit yang banyak…tanpa apa pun. Kerana dia pemilik semua…tak perlu apa pun…dia Allah pemilik segalanya. 

Allah sayang puan. Lebih dari apa yang puan boleh bayangkan…lebih dari apa yang puan tahu. Dia Allah sayang hambanya… 

Dia menangis dan tanya lagi. Betul dia sayang saya. Yer betul dia sayang puan. Bukan sebab dosa… Betul hanya kerana cinta tanpa syarat. Hanya ingin kebaikan buat kita. Tapi kita tak nak ingat tuhan kita. Masa solat pun ramai masih lalai dan lebih malang tinggalkan solat…solat kunci bahagia. 

Dia menangis dan kata terima kasih ustaz… Tadi dia email saya dan kata suaminya dah 5 waktu solat di masjid. Suaminya mula cari kerja…suaminya minta maaf padanya. Suaminya solat tahajud dan menangis mendoakan semua ahli keluarganya… 

Saya syukur pada Allah kerana keikhlasan setengah dari peserta yang hadir mungkin, Allah suka dan sayang dan jadikan asbab hidayah. Mungkin ada orang nampak biasa dan dia sendiri rasanya dirinya benar-benar kerdil tapi kadang-kadang mereka makbul di sisi Allah… 

Apakah pandangan Allah pada saya? Pada kita? 
Hanya keredhaan Allah yang kita impikan 

Ditulis oleh Ustaz Ebit Lew via Facebook
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda