TMJ minta PM Tanya FAM ‘Mana Duit’?

TMJ minta PM Tanya FAM ‘Mana Duit’?


Selepas menerima imbuhan RM1 juta daripada kerajaan pusat kerana menjuarai Piala AFC 2015, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan pesanan khusus kepada penganjur Liga Malaysia.

Tunku Ismail berkata, beliau lebih gembira jika Najib dapat menyampaikan pesanan kepada FAM dan Ketua Pegawai Eksekutif Usahawan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam.

“(Ini) berkenaan wang hak penyiaran yang masih tertunggak kepada pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Premier.

“(Di) manakah wang RM1 juta atau RM2 juta yang sepatutnya diagihkan ke setiap pasukan?

“Sut-sut pegawai FAM dan FMLLP semakin mahal, tetapi tunggakan kepada pasukan tidak dilunaskan,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.

Terdahulu, Najib menyampaikan sumbangan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek harta tanah Forest City, Iskandar Puteri semalam.

TMJ minta PM Tanya FAM ‘Mana Duit’?

JDT muncul kelab pertama Malaysia dan pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di gelanggang lawan Oktober lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda