8 Cara Mudah Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal Minta Putus

8 Cara Mudah Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal Minta Putus

Memang menyakitkan hati bila kekasih yang konon berjanji akan sama-sama naik pelamin tiba-tiba minta putus. Apa jua alasan memang tiada siapa boleh terima jika ianya berlaku secara tiba-tiba. Ramai yang akan frust menonggeng dan tidak kurang pula yang mengambil pendekatan positif.

Sempoi Media ingin berkongsikan tip yang kami dapat dari nicknashram. Anda tidak perlu menangis berhari-hari selepas ditinggalkan. Be Strong! Tip-tip ini boleh membantu:

1. Untuk menyakitkan hati bila pakwe atau makwe anda minta break, anda cakap kat dia camne "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ"p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."

3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap"Eh,awak bukan bf/gf aku dulu ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?". 

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.

5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia. Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.

8 Cara Mudah Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal Minta Putus


6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan, tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.

7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."

8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!

Apa pun, ne je yang aku nak cakap. Yang lepas lupakan je. Mulakan hidup yang baru.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!