Berhati-Hati Guna Perkataan 'Awak' Dengan Pelanggan - Nasihat Doktor Harlina Halizah

Doktor Harlina Halizah

Sebenarnya panggilan untuk pelanggan ini sudah ditekankan di seminar-seminar tidak kira percuma atau berbayar. Sempoi Media sebagai team media juga turut terkesan dengan ilmu branding yang dikongsikan oleh ramai speaker terkenal seperti Puan Ainon Mohd.

Apabila berurusan secara online adalah penting untuk memastikan dengan siapa kita berurusan bukan kerana pangkat atau darjat. Jika mereka golongan yang banyak memberikan khidmat seperti Guru dan Doktor kita sedia maklum kehidupan mereka memang berlandaskan protokal menghormati golongan yang lebih senior. 

Berhati-Hati Guna Perkataan 'Awak' Dengan Pelanggan

Berhati-Hati Guna Perkataan 'Awak' Dengan Pelanggan

Itulah teguran seorang wanita berstatus doktor terhadap peniaga yang berurusan dengannya baru-baru ini viral di media sosial. 

Doktor Harlina Halizah, dari PPUKM, menghantar sms kepada seorang peniaga berkenaan dengan iklan yang ditemuinya di Google, meminta pihak peniaga bertemu dengannya di PPUKM atau di rumah. 

Bagaimanapun, Doktor Harlina tidak begitu gemar dengan cara peniaga terbabit membalas mesejnya yang menggunakan perkataan 'awak', dianggap sebagai tidak profesional

"Kalau boleh, jangan guna perkataan awak (awak?) bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye. Kurang sopan esp sebab saya ini seorang yang sudah berumur 50 tahun. Elok kalau guna panggilan 'puan' atau gunakan title saya iaitu doktor," katanya. 

Post ini menjadi viral dan ramai memberikan response yang negatif, namun bagi pihak Sempoi Media kami mengambil teguran ini dari segi positif. Doktor Harlina Halizah mungkin tidak ramai mengenalinya namun kami menyokong teguran ini bukan kerana pangkat atau darjat tetapi anggap lah sekadar teguran dari seorang berjiwa keibuan untuk anak-anak muda yang disayangi. 

0 comment... add one now