Jam 4 Pagi Kalau Nampak Wanita Sedang Dukung Anak Kita Akan Berhenti Tak?


"Jam 4 Pagi Saya Nampak Wanita Sedang Dukung Anak Dan Suami Sedang Menolak Motosikal" - Wayne Phang

Kadang kala kita terasa ganjil bila membenci bangsa lain walhal kita tidak pernah mengenali satu sama lain. Berpunca dari beberapa pihak yang membuat propaganda untuk merosakkan keharmonian masyarat berbilang bangsa di Malaysia. Bagi mereka yang berjiran dengan bangsa-bangsa lain dan mengamalkan sikap toleransi masalah perkauman memang jarang dicetuskan malahan tidak perlu wujudpun. 

Kisah yang dikongsikan di media sosial yang cukup mengharukan melambangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama kita rakyat Malaysia.

Kisah ini telah beribu-ribu kali di kongsi, betul cakap saudara Wayne Phang tersebut di mana katanya, kebanyakkan isu kaum ini bermula dari isu politik yang ditokok tambah oleh pihak tertentu.

Joma baca kisah yang ditulis beliau.

Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.

"Ini mesti kes kehabisan minyak,".

Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.

"Kak, balik mana? Nak tumpang ke?"

"Tak apalah, abang ada di depan tu," jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.

Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya memberikan salam.

"Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?" saya cadang pada dia. 

"Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit," katanya.

Sekali tengok kat tayar, "Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,"

"Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti," katanya menolak pelawaan aku sekali lagi. 

"Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali. Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang," kata saya yang cuba menyakinkan dia. 

"Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja," katanya.

"Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye," balas saya.

Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.

"Abah! Adik nak KFC!"

Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.

"Abang dah makan ke belum?"

"Tak apa encik, kami tak lapar," jawabnya dalam nada segan.

Hati jadi sebak, saya terus buang U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.

"Adik nak makan apa?"

"Abang kita suka ayam," katanya

Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.

Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.

Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.

Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak benci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu. Tetapi kita semua dipolitikkan untuk membenci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka.

Yang paling saya benci, kaki rasis yang suka menghasut orang. Kami Cina bukan benci Islam, Islam itu indah kata Cikgu Nik Aziz, cuma secara kebetulan kerajaan kita itu Melayu dan kami hanyalah menentang korupsi, penyelewengan, penindasan dan penipuan. Kalau kerajaan kita itu Cina, kami tetap lawan menentang! Cina haprak kami bantai, M** G*****n pun kami hentam ye tak? Jadi, mana ada cerita Cina lawan Melayu? Itu semua poyo.

"Jam 4 Pagi Kalau Nampak Wanita Sedang Dukung Anak Kita Akan Berhenti Tak?


Ini pesan bagi orang yang benci Cina, korang belum lagi kenal saya, belum jodoh kita bertemu. Jauh perjalanan, luas pengalaman, jangan dek ego kaum, musnah harapan bangsa Malaysia.

Salam dari Australia. – Wayne Phang.


Jika semua rakyat Malaysia tidak kira keturunan atau kaum bersikap seperti Encik Wayne Phang ini rasanya Malaysia ni pupus sentimen perkauman dan sifat cemburu sesama sendiri. 

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda