Khairul Idham Pawi Dipuji Netizen Apabila Lari Dari Podium Sebelum Disembur Arak

Khairul Idham Pawi Dipuji Netizen Apabila Lari Dari Podium Sebelum Disembur Arak

Tindakan pelumba Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, Khairul Idham Pawi yang lari untuk mengelak daripada disembur arak mendapat pujian daripada rata-rata pengguna media sosial.
Menerusi satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook ERA fm, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas pelumba berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Gajah Perak itu. 
Khairul, 17, semasa diumumkan pemenang dilihat meninggalkan podium apabila pemenang di tempat kedua dan ketiga menyemburkan arak ke arahnya.
Khairul Idham Pawi Dipuji Netizen Apabila Lari Dari Podium Sebelum Disembur Arak

Khairul Idham Pawi Dipuji Netizen Apabila Lari Dari Podium Sebelum Disembur Arak


“Semua Muslim tumpang berbangga apa yang Khairul Idham Pawi lakukan di atas podium tadi iaitu Ucapan ‘ Alhamdulilah’ dan tidak sertai dalam percikan minuman keras! Terbaik! Lagi terbaik attitude dia masa dua lagi pemenang nak sembur arak tu dan dia pon tolak secara baik…memang superb…Semoga Allah permudahkan semua segala urusan anda… InsyaALLAH…,” ujar Nur Safinatunnajah Altamis Iskandar.
“Salute..lari masa sembur champagne.. tahniah dik.. moga sentiasa dilindungi Allah,” kata seorang lagi pelayar, Suzila Sahar.
“Aku respect ko naik podium tapi aku lagi respect ko jaga kesucian agama ko terus kan perjuangan ko,” kata Kenji Harima pula.
“Tahniah dan syabas. Bagus budak ini, bijak membawa imej diri sebagai umat Islam. Alhamdulillah,” kata seorang pengguna lagi, Jiea Zieah.
“Alhamdulillah. Bawa adab Islam di mata dunia,” kata Hanafi Napie pula.

BACA: Biodata Dan Gambar Khairul Idham Pawi Juara Moto3 Argentina
Khairul Idham Pawi dari pasukan Honda Team Asia itu mencatat sejarah apabila memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina dengan catatan masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di litar Termas de Rio Hondo, Santiago del Estero, Argentina.
Pelumba Sepanyol, Jorge Navarro mewakili pasukan Estrella Galicia Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing menduduki di tempat kedua dan ketiga.
Seorang lagi pelumba Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 walaupun terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan.
Kejayaan anak muda yang berusia 17 tahun itu turut mendapat pujian daripada beberapa pemimpin negara termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

BACA: Moto3: Khairul Idham 'Mengganas' Sejak Berusia 14 Tahun
BACA: Semangat Adam Norrodin Menyentuh Emosi Penonton di Grand Prix Argentina

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda