Sampai Hati Ayah Berang Rotan Anak Sampai Lebam Kerana Gagal 1 Subjek

Iskandar Puteri: Akibat gagal satu subjek dalam peperiksaan, seorang murid lelaki tahun dua sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, di sini, dirotan bapa kandung dengan teruk, kelmarin, sehingga meninggalkan kesan lebam di bahagian paha dan lengan tangan kirinya.

Sampai Hati Ayah Berang Rotan Anak Sampai Lebam Kerana Gagal 1 Subjek

Sampai Hati Ayah Berang Rotan Anak Sampai Lebam Kerana Gagal 1 Subjek

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, mangsa hadir ke sekolah dengan kesan lebam di tubuhnya hingga disedari guru.

Beliau berkata, guru berkenaan memaklumkan kepada pengurusan sekolah sebelum mangsa dirujuk ke sebuah hospital awam di bandar raya ini untuk rawatan.

Menurutnya, pengurusan sekolah berkenaan turut memaklumkan kepada JKM sebelum pihaknya melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.

Katanya, hasil siasatan, bapa kandung mangsa yang juga warga Singapura dipercayai bertindak merotannya kerana berang anaknya itu gagal satu subjek peperiksaan.

“Mangsa hadir ke sekolah semalam (kelmarin) dengan keadaan paha selain tangan lebam dipercayai dirotan bapanya.

“Dipercayai mangsa yang tinggal bersama keluarga dirotan bapa sebagai hukuman kerana gagal kertas ujian bagi satu subjek.

“Perbuatan berkenaan melampau kerana mengakibatkan mangsa menanggung penderitaan dan meninggalkan kesan hitam dan biru pada anggota tubuhnya,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, JKM akan menawarkan perlindungan kepada kanak-kanak terbabit sementara siasatan dijalankan.

“Perbuatan lelaki itu pada asalnya mahu mendidik anak bagaimanapun keterlaluan kerana hukuman yang melampau dan ia adalah penderaan kepada mangsa yang boleh mengakibatkannya trauma,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat JKM dan sedang menjalankan siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda