Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Rekod Sebagai Pencuri Yang Hebat

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Rekod Sebagai Pencuri Yang Hebat

Wajahnya comel, tapi mempunyai bakat jadi pencuri. Kucing ini kelihatan biasa seperti kucing pada umumnya, tapi dia mempunyai kebiasaan aneh. Jika kucing lain suka main bola benang, kucing yang satu ini suka mencuri. Mulai dari makanan hingga pakaian dalam wanita.

Nama kucing ini adalah Norris, dia adalah kucing jantan peliharaan Richard dan Sophie Windsor. Dari kecil, pasangan ini sudah memelihara Norris. Tingkah laku si kucing terlihat normal sampai usianya satu tahun, barulah pemiliknya tahu bahawa Norris punya bakat mencuri.

Mencuri makanan, lap, hingga pakaian dalam wanita

"Awalnya dia diam-diam mengambil lap debu dan kain tuala pinggan mangkuk, tetapi sekarang dia mula mengambil pakaian, termasuk bra, seluar, " ujar Richard, dipetik dari laman Dailymail.co.uk.

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Rekod Sebagai Pencuri Yang Hebat

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Rekod Sebagai Pencuri Yang Hebat

Pada awalnya, pasangan ini mendapati set tuala, pakaian bayi dan sosej yang tercicir di lantai. Tidak ada yang tahu bagaimana benda-benda itu tergeletak di lantai. Setelah disiasat, semua itu adalah kerja Norris. Kucing ini akan mengambil beberapa barang pada malam hari, baik barang pemiliknya atau milik jiran tetangga. Pada pagi hari, barang-barang itu terkumpul di berhampiran sangkarnya.

Pekara ini membuat pemilik Norris malu, walaupun barang yang dicuri bukan barang mewah atau berharga, tetapi barang itu ada pemiliknya. "Semua jiran tetangga kami sangat baik hati dan menganggap kebiasaan Norris sebagai pekara yang lucu," Richard.

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Rekod Sebagai Pencuri Yang Hebat

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Rekod Sebagai Pencuri Yang Hebat


Richard.Kebiasaannya, ketika pagi hari, Norris akan mengeaw, seolah-olah mengumumkan barang hasil curiannya.  Richard dan Sophie akan bangun dengan sabar memilih mana barang mereka, mana barang jiran tetangga. Setelah itu barang-barang dikumpulkan dan diumumkan pada tetangga, apa saja yang sudah diambil Norris.

Sebagai pemilik Norris, Richard dan Sophie berharap agar kebiasaan kucing peliharaan mereka berhenti mencuri. Sekarang, setiap pagi, jika Norris mengeow dan terkumpul barangan curiannya, Richard dan Sophie mengabaikan. Mereka berharap sikap acuh tak acuh itu akan membuat Norris tidak lagi mencuri barang-barang. "Dengan mengabaikannya setiap kali dia membangunkan kami, kami berharap dia berhenti mencuri," lanjut Richard.

Wajah Comel Tetapi Kucing Ini Mempunyai Rekod Sebagai Pencuri Yang Hebat

0 comment... add one now