5 PERKARA PERLU DIKETAHUI TENTANG JOSEPH SCHOOLING PEMENANG PINGAT EMAS MENGALAHKAN IDOLANYA MICHAEL PHELPS

Perenang muda Singapora, Joseph Schooling ( 21 Tahun ) mencatat sejarah dalam final 100m gaya kupu - kupu di Sukan Olimpik Rio pada sabtu 13 Ogos 2016. 

Schooling bukan hanya mempersembahkan pingat emas pertama bagi Singapura , tetapi juga mengalahkan idolanya , Michael Phelps , atlet renang asal Amerika Syarikat .

Pada 2008 , Phelps sedang menghadiri kem latihan AS sebelum Sukan Olimpik Beijing apabila dia bergambar dengan Schooling .



Ketika Phelps memecahkan pelbagai rekod dunia di Sukan Olimpik Beijing 2008 , Schooling pun mengubah cita - citanya untuk menjadi juara Olimpik juga , sama seperti Phelps.

Tapi, Schooling sedar untuk menjadi seorang juara Olimpik dia harus berpindah dari Singapura.Untuk menjadi seorang juara olimpik, ia harus pindah dari Singapura.

Berikut 5 hal tentang Joseph Schooling yang perlu kamu ketahui:

1. Meninggalkan Singapura, pindah ke Florida

Saat mengetahui keinginan anaknya untuk menjadi juara olimpik, ibu bapa Schooling pun menyokongnya dengan menghubungi Sergio Lopez, atlet yang memenangi medal untuk Sepanyol di olimpik Seoul pada 1988.

Schooling akhirnya pindah ke Florida, AS, untuk menjalani serangkaian latihan di Sekolah Bolles. Lopez fokus pada teknik berenang yang membolehkan tubuh Schooling membentuk ototnya secara semulajadi.



2. Emas ASEAN Games 2011

Schooling meraih 2 medal emas di ASEAN Games yang diselenggarakan di Palembang, Indonesia, pada 2011, dan memenuhi syarat untuk mengikuti olimpik London 2012 pada gaya kupu-kupu 200m. Namun pada waktu itu dia gagal melepasi saringan.

Ketika lulus SMA pada 2013, dia menghadapi dilema besar. Schooling ditawarkan biasiswa oleh Universiti Texas untuk dilatih oleh Eddie Reese, tetapi juga dia wajib mengikuti Latihan Nasional Bela Negara selama dua tahun, persyaratan wajib untuk semua remaja lelaki Singapura.

3. Harus ikut Latihan Nasional Bela Negara (Tapi diberi kelonggaran)

The Singapore Sports Institute berbincang dengan Menteri Olahraga Singapura agar Schooling tidak mengikuti Latihan Bela Negara selama tiga tahun untuk berlatih demi olimpik Rio.

“Mereka mendengarkan apa yang kami katakan, kerana Schooling adalah bakat istimewa. Ia hanya ada sekali seumur hidup di negara sekecil ini,” kata Richard Gordon, Ketua Singapore Sports Institute.

“Salah satu keunikan yang ada di Singapura adalah Latihan Bela Negara, tapi kami lebih bangga jika kami memberikannya kesempatan untuk terus berenang.”

Belum pernah ada warga Singapura yang meraih medal di arena renang olimpik. Kemenangan Schooling ini membuat rakyat Negeri Singapura itu bersorak gembira.

4. Berjaya di Commonwealth Games, Asian Games, dan Kejuaraan Dunia

Schooling memenangi medal perak di 100m gaya kupu-kupu pada Commonwealth Games 2014. Selain itu, ia juga menjadi lelaki pertama warga Singapura dalam tempoh 32 tahun memenangi medal emas dalam Asian Games di Korea Selatan.

Pada 2015, dia menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikuti acara olimpik Rio ketika dia mencapai garis akhir pada kedudukan ketiga di Kejuaraan Dunia, Rusia.

5. Mengalahkan idolanya




Schooling bukan hanya mengejutkan semua orang di dunia kerana prestasinya, tetapi juga dia sudah mengalahkan idolanya, Michael Phelps, dengan catatan waktu 50.39 saat dan diikuti Phelps dengan 51.14 saat.

“Latihan juga mempunyai peranan yang penting kerana tidak ada atlet yang berjaya tanpanya. Tetapi, di point ini kerja secara cerdas juga diperlukan bukan hanya kerja keras saja,” kata Tan Chuan-Jin, Ketua Komite Olimpik Nasional Singapura.

Comments

  1. http://www.thestar.com.my/sport/other-sport/2006/04/30/perak-schoolboy-schooling-betters-another-three-meet-records/




    Dan Joseph Schooling pernah berenang untuk Perak,negeri ibunya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda