Cara Bertukar Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Syariah KWSP

Cara menukar akaun KWSP dari Simpanan Konvensional ke Simpanan Shariah. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan simpanan persaraan baharu Simpanan Shariah pada 1 Januari 2017. Ia merupakan alternatif kepada simpanan KWSP konvensional yang ada sekarang.

Simpanan Shariah merupakan simpanan yang diurus dan dilabur secara Islamik berdasarkan prinsip Syariah. Opsyen ini terbuka untuk semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan status warganegara.

Ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa (konvensional) kepada Simpanan Shariah, perlu membuat permohonan di mana-mana cawangan KWSP.


Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

Permohonan pendaftaran untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ kerana dana permulaan adalah terhad iaitu RM100 bilion. Pendaftaran akan dibuka kepada ahli mulai 8 Ogos 2016 sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana.





Ahli yang ingin menukar skim daripada Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah perlu hadir sendiri ke kaunter KWSP dan membawa bersama Mykad/Pasport untuk pengesahan identiti. Ahli perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri dan menurunkan cap ibu jari pada Akad Simpanan Shariah yang telah dicetak.

Buat masa ini, pendaftaran Simpanan Shariah KWSP secara online tidak disediakan.

Semakan Keputusan Permohonan Simpanan Shariah KWSP

Permohonan yang berjaya akan menerima Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuat kuasa tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.

Kadar Dividen Simpanan Shariah

Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar portfolio pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum 2.5 peratus seperti yang terdapat pada Simpanan Konvensional.
.
Nota penting: Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkannya (untuk kembali ke Simpanan Konvensional) selepas tarikh kuat kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda