Inilah WAJAH & Identiti Suspek BUNUH 3 Sekeluarga Sendiri


Wajah Indentiti Suspek Bunuh 3 Sekeluarga Sendiri DIDEDAHKAN
Lagi satu pembunuhan kejam telah berlaku di Melaka awal pagi semalam. Tiga sekeluarga maut manakala dua lagi kritikal dan seorang cedera akibat dikelar dalam kejadian amuk oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarga sendiri di Kampung Bertam Malim, Melaka.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga beranak termasuk seorang pemimpin politik di Tangga Batu, Mariah Baharin, 62, maut bersama suami dan anak lelaki berusia 70 dan 22 tahun dipercayai diserang suspek berusia 26 tahun yang juga menetap di rumah tersebut.
Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, terdapat tiga lagi ahli keluarga di rumah tersebut ketika kejadian yang kemudian dihantar ke Hospital Melaka termasuk dua daripadanya cedera parah.

“Kesemua mangsa maut dan yang mendapatkan rawatan di hospital mengalami kecederaaan di bahagian tengkuk ke atas dipercayai dicederakan suspek menggunakan senjata tajam.
Bagaimanapun, suspek pembunuhan itu telah ditahan polis di tandas Masjid di Bukit Rambai, kira-kira 11 pagi tadi. Suspek berusia 26 tahun itu ditahan selepas kereta dilarikannya dikesan di perkarangan masjid terbabit.
Suspek ditemui bersembunyi dalam tandas masjid dengan berjubah. Dakwaan mengatakan suspek seorang penagih dadah, namun motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Identiti Suspek :

Kereta yang dilarikan suspek (Myvi putih No. Plat MCG 2754)


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda