3 Minuman Panas Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal Tanpa Diet Tapi Ramai Tak Tahu

3 Minuman Panas Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal Tanpa Diet Tapi Ramai Tak Tahu

Tahukah anda British Telegraph melaporkan bahawa wanita akan mengalami penurunan kecantikan dan berhenti menjadi jelita pada usia tertentu? Ditambah pula dengan masalah berat badan yang susah untuk turun pada usia matang. 

2 000 orang wanita telah dijadikan sebagai penilitian oleh Genius Beauty dan majalah Allure. Mereka menemukan terdapat empat peringkat usia saat wanita yang mengalami penurunan kecantikan fizikal secara bertahap.

Hasil penelitiannya adalah seperti berikut :


Daya tarikan wanita berada di puncak pada usia 30 tahun.
Tanda penuaan mula muncul ketika usia 41 tahun.
Tidak lagi berasa cantik bermula pada usia 53 tahun.
Kelihatan tua pada usia 55 tahun.

Berbeza pula dengan kaum lelaki :

Lelaki kelihatan kacak di saat usia 34 tahun.
Menghadapi penuaan muka pada usia 43 tahun.
Merasa tidak lagi kacak di usia 58 tahun.
Dilihat tua pada usia 59 tahun.

Hasil daripada kajian tersebut, para wanita bersetuju sememangnya kecantikan fizikal lahir daripada kesihatan yang dijaga dari dalam. Salah satunya ialah mempunyai berat badan yang ideal.

Siapa saja yang memiliki berat badan yang lebih, jauh dari sudut hati pasti akan terasa dirinya kurang cantik, gemuk dan mahu menurunkan berat badan dengan segera. Rupanya ada cara sihat yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan ke tahap ideal tanpa diet.

Khabarnya dengan minum minuman yang sihat secara konsisten, dapat membuatkan berat badan kekal ideal hingga ke usia senja. Seperti mana yang dilakukan oleh para vegetarian misalnya.

Bukan sahaja berat badan mereka kelihatan ideal, mereka juga tampil segar dan bertenaga. Tetapi, anda tidak perlu menjadi vegetarian demi memiliki berat badan yang seimbang untuk kekal sihat.

Kajian terbaru oleh boldsky.com menyatakan terdapat tiga minuman yang boleh anda minum untuk bantu melunturkan lemak-lemak dalam tubuh seterusnya mendapatkan berat badan yang seimbang. Iaitu :

#1 – Kopi Hitam

3 Minuman Panas Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal Tanpa Diet Tapi Ramai Tak Tahu

Kopi hitam panas adalah salah satu minuman terbaik yang mampu membantu menurunkan berat badan. Untuk mendapat hasil berat badan yang terbaik, minum kopi hitam ini dua kali sehari tanpa gula pada waktu sarapan dan minum petang.

#2 – Teh Hijau

Teh hijau atau lebih dikenali sebagai Green tea menjadi minuman yang popular di Jepun terutama dalam set hidangan Sushi. Anda boleh mencubanya dengan tambahkan satu sudu teh madu ke dalam cawan teh panas anda.

Perahkan sekali buah lemon dan campurkan dengan teh hijau tadi sebanyak setengah satu sudu teh lemon. Anda perlu minum minuman ini pada waktu pagi di saat perut masih dalam keadaan kosong. Biasanya sebelum sarapan.

#3 – Teh dan Madu

Sama juga seperti teh hijau, teh biasa dan madu turut memiliki manfaat untuk menurunkan berat badan anda. Kebiasaannya, teh biasa dicampurkan dengan gula. Namun kali ini, anda boleh cuba satu alternatif baru dengan harus menghindari pengambilan gula dalam teh supaya cepat langsing.

Minum campuran teh dan madu ini 2 hingga 3 kali sehari. Selain bantu memecahkan lemak dan kekal langsing, teh ini juga dapat melancarkan pencernaan makanan dalam perut.

Seboleh mungkin anda perlu elakkan pengambilan gula dalam minuman di atas. Pengambilan gula yang berlebihan akan mempengaruhi kandungan kalori dalam tubuh dan menyebabkan berat badan sukar turun.
loading...

0 comment... add one now