7 Gambar Cucu Allahyarham Dato Haron Din Tidak Dapat Menahan Kesedihan Semasa Solat Jenazah Ghaib..!!

5 Gambar Cucu Allahyarham Dato Haron Din Tidak Dapat Menahan Kesedihan Semasa Solat Jenazah Ghaib..!!

Suasana sedih menyelubungi dewan solat utama apabila Imam Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya membacakan doa sehingga sebak di hadapan kira-kira 5,000 orang yang hadir solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.

Cucu Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Hakim Hamdi (hadapan) mengimamkan solat jenazah ghaib Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Turut bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tiga kiri), Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua kiri) dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan). STR/FAIZ ANUAR

Solat bermula jam 9.25 pagi dengan diimamkan oleh cucu Mursyidul Am PAS itu, Hakeem Hamdi, 17. Yang turut hadir solat jenazah ghaib itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Allahyarham Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi (waktu Malaysia) kelmarin di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung. Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Di KOTA BHARU, lebih 500 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Masjid Pondok Pasir Tumboh.

Solat diimamkan oleh Setiausaha Agong Pondok Pasir Tumboh Ahmad Shairazi Atiqullah selepas selesai menunaikan solat Zohor.

Di ARAU, Lebih seratus umat Islam menunaikan solat jenazah ghaib buat Allahyarham.

Solat jenazah ghaib anjuran PAS Perlis itu diadakan di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Kampung Jejawi Dalam, pada 6.20 pagi, selepas solat subuh yang diimamkan Ustaz Abdullah Sabu.








Damailah Tuan Guru disana…mati itu pasti..syurga dan neraka itu pasti…moga Allah ampunkan kita semua…Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.. Al Fatihah.

loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!