Apa Hukum Menantu Zaman Sekarang Yang Suka Berlakon Baik Depan Mertua

Apa Hukum Menantu Zaman Sekarang Yang Suka Berlakon Baik Depan Mertua

Apakah hukum seorang menantu yang berpura-pura baik di depan ibu mertua sedangkan di belakang, menantu tersebut selalu memburuk-burukkan ibu mertuanya. Malah hal ini disedari oleh suaminya. Apa yang patut si suami lakukan dan apakah hukum jika dia juga berdiam diri.

Salwana Fakry
Subang Jaya Selangor

Ibu mertua adalah seperti ibu kita sendiri. Memburuk-burukkan ibu sendiri adalah petanda bahawa kita adalah anak yang tidak bersyukur. Menyakitkan hati ibu pula termasuk tanda anak derhaka. Sebagai suami, tugas kita yang terbaik adalah mencari punca kenapa timbulnya situasi ini. 

Boleh jadi ada sesuatu yang ibu kita tidak sedari lakukan menyebabkan isteri kita kurang senang. Boleh jadi juga isteri kita tersilap faham sesuatu yang dilakukan oleh ibu kita. Atau boleh jadi juga, ada sikap ibu kita yang tidak dipersetujui oleh isteri kita.


Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, kita perbetulkan silap faham tadi. Boleh jadi, ada perkara yang isteri kita tidak perlu fikirkan dan libatkan semua perkara tentang ibu kita. Boleh jadi juga ada perangai yang kita perlu fahamkan kepada isteri, bahawa ibu kita bukanlah bermaksud seperti mana yang difahami olehnya. 

In Shaa Allah, memahami sesuatu perkara lebih indah berbanding tergesa-gesa menghakiminya. Kesudahannya, isteri kita lebih menghormati ibu kita, dan ibu kita sudah tentu lebih menyayangi menantu yang menghormatinya. 

Elakkan dari mendengar cerita hanya dari satu pihak tanpa usul periksa. Hati dan perasaan ibu dan isteri sama penting perlu dijaga oleh suami bagi memastikan tiada perasaan pilih kasih atau menyebelahi mana-mana pihak. 

Bersegera dalam menyelesaikan sebarang salah faham lebih baik kerana ianya boleh mengelakkan masalah-masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi isu yang besar. Tambah buruk lagi jika ada pihak lain yang masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan yang sepatutnya boleh diselesaikan segera. 

Berdiam diri tanpa melakukan apa-apa, jika bertujuan untuk membiarkan suasana reda adalah baik, tetapi jika didiamkan dan membawa kepada suasana lebih buruk, dibimbangi termasuk kategori suami dayus yang membiarkan anak isteri berterusan melakukan perkara maksiat. Wallahua’lam.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda