Bahaya, Jangan Amalkan Letak Hirisan Lemon Di Dalam Minuman

Hirisan lemon dalam minuman dan makanan semestinya menaikan lagi rasa sedap makanan tersebut sekaligus menyegarkan. Lebih – lebih lagi hirisan limau tersebut mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tapi tahukah anda hirisan lemon tersebut sebenarnya merbahaya untuk kesihatan anda walaupun hakikatnya ianya elok untuk diet?


Menurut sumber, dalam satu hirisan lemon terdapat banyak bakteria yang berpotensi menyebabkan penyakit merebak, malah ada yang mengatakan dan menganggap hirisan lemon sama kotor seperti tandas.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Enviromental Health pada 2007 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus hirisan lemon yang digunakan di 21 restoran yang berbeza mngandungi 25 mikrobakteria yang berbeza.

Perkara ini berkemungkinan disebabkan lemon tersebut dipegang, dibelek, dipotong dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas. Dan jelas sekali kuman merebak dengan mudah melalui aktiviti tersebut.


Aktiviti memotong lemon menggunakan papan pemotong yang sama digunakan untuk memotong makanan lain seperti ayam dan daging membolehkan microbakteria masuk ke dalam hirisan limau meskipun papan pemotong itu telah dibersihkan. Jadi langkah kebersihan yang boleh diambil ialah dengan mengasingkan jenis dan keperluan papan pemotong. 

Kulit lemon perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum memotong hirisan lemon ini kerana lemon yang dipegang oleh banyak tangan ketika diproses untuk jualan tidak sama sekali dibasuh oleh penjual. Pastikan anda membasuh menggunakan bahan cucian yang  sesuai untuk buah-buahan. 

Jika anda tidak memiliki papan pemotong makanan yang lain dan tidak sempat mencuci lemon, elakkan memasukkan hirisan lemon ke dalam minuman anda. Ambil langkah berjaga – jaga dengan hanya mengambil jusnya sahaja bukan hirisan lemon.
loading...

0 comment... add one now