Misteri Gema Zikir Dari Alam Lain Di Masjid Jin, Sabak Bernam

Misteri Gema Zikir Dari Alam Lain Di Masjid Jin

Pernah mendengar tentang masjid Jin?

Yang nyata, aku dengar dari Sirah Rasululullah SAW mengenai sekumpulan Jin yang terpesona dengan bacaan Al-Quran dari Rasulullah SAW lantas mereka memeluk islam.

Untuk memperingatkan pengislaman kumpulan Jin ini Rasulullah telah membina masjid khusus dan dikenali sebagai Masjid Al Jin. Terletak ±1 km sebelah utara dari Masjidil Haram dan di Barat makam Ma’la . Ia juga dikenali sebagai Masjid Haras(Penjaga).

Di Masjidil Haram pula, ada satu lagi tiang unik yang dipanggil ‘Tiang Jin’. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tiang jin tersebut telah dicari oleh jin untuk dipasang di masjid tersebut.

Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Kononnya siapa memeluk tiang jin ini semasa orang lain wukuf di arafah akan menjadi tuan jin. (Tok sah dok buat kot, khurafat tu)

Misteri Gema Zikir Dari Alam Lain Di Masjid Jin


Di Indonesia juga ada masjid yang dibina oleh Jin.

Di Malaysia tidak kurang juga cerita-cerita misteri yang dikaitkan dengan jin ini. Tapi fokus aku ialah ke sebuah kampung di Sungai Besar yang mana masjidnya dikaitkan dengan Jin.

Kebetulan melalui kawasan Sungai Besar lantas aku singgah ke Kampung Panchang Bedena bagi melihat senibina lama sebuah masjid yang kini di letak di bawah seliaan Muzium negeri Selangor (atas keunikkan senibinanya).

Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1905 dengan melalui beberapa perubahan dan tambahan. Kini ia dibina semula dan diperbaharui dengan mengekal ciri-ciri traditional. Tidak pasti samada ia masih digunakan lagi oleh penduduk.

Ia dikaitkan dengan misteri dari cerita penduduk kampung(kononnya) yang pernah bersua dengan makhluk yang dipercayai Jin dan mendengar zikir dialun dari masjid ini pada waktu malam.

Cerita misterinya pernah dimuatkan dalam majalah bercorak kisah misteri iaitu Variasari pada Bulan Julai 2004. Entahlah, aku tidak mau mengiakan atau menafikan kerana Jin adalah makhluk Allah dan ada juga yang beriman. Seperti Firman Allah : Tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat [51]: 56).


Masih kelihatan pembesar suara



Tampak dari verandahnya


Senibina yang diperbaharui/perbaiki

Beralih tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang Bedena, dekat sini.

Masjid yang diberi gelaran penduduk setempat dengan nama ‘Masjid Jin’ itu dan mempunyai pelbagai kisah misteri sejak dibuka pada 1905 terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lama Panchang Bedena Shamsul Kamar Samad, 43, berkata, masjid yang usianya lebih 100 tahun itu sememangnya menampilkan keunikan tersendiri terutama dari segi seni bina.

“Pembuatan daripada kayu dan reka bentuk seperti rumah yang mempunyai serambi ini menyerlahkan lagi keistimewaannya.



“Disebabkan masjid ini unik dan memaparkan ciri tradisional, ia diletakkan oleh Kerajaan Selangor di bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara,” katanya.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda