Pasangan Suami Isteri Dianggap Berzina Sepanjang Perkahwinan Mereka Jika…

Tiada nas syarak sama ada ayat al-Quran atau hadis Rasulullah SAW atau fatwa ulama malah tidak juga peruntukan undang-undang yang menyatakan secara sahih bahawa pasangan yang berzina sebelum nikah perlu berkahwin. Namun, fakta yang penting dan ingin saya tegaskan di sini ialah tidak wajib berkahwin jika telah terlanjur. Bermaksud pasangan yang telah terlanjur boleh untuk tidak berkahwin dan boleh juga untuk berkahwin.


Untuk makluman juga, tidak salah sekiranya si lelaki enggan berkahwin dengan si gadis atau si wanita yang ditidurinya biarpun hubungan seksual antara mereka berlaku secara rela atau suka sama suka. 

Dalam situasi ini, si gadis atau si wanita tidak mempunyai sebarang hak yang boleh dituntut sama ada menggunakan hukum syarak dan undang-undang. Yang ada hanyalah hukuman iaitu rejam sampai mati atau disebat 100 rotan.

Hukuman tersebut menurut prinsip syariat berlandaskan al-Quran dan al-Hadis tetapi menurut prinsip peruntukan undang-undang yang ada iaitu Akta Jenayah Syariah, hukuman yang dikenakan kepada pesalah laku hubungan seks haram iaitu hubungan kelamin tanpa akad nikah yang sah menurut syariat ialah dikenakan denda maksima RM5000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


BUDAYA TUTUP MALU

Realitinya, tindakan berkahwin selepas berzina adalah amalan masyarakat bagi menutup malu keluarga. Malah jika berlaku tangkapan oleh pihak Penguatkuasa Agama, biasanya pesalah akan dinasihatkan oleh peguam pembela atau bertindak sendiri dengan mengambil keputusan untuk berkahwin sebagai satu alasan sesungguhnya mereka yang disabitkan bersalah ini telah benar-benar insaf bagi mengurangkan hukuman yang bakal dikenakan. Syukurlah jika benar-benar insaf dan bertaubat namun ada juga kes, perkahwinan sekadar mengaburi mata Yang Arif Tuan Hakim.

Ketetapan undang-undang berdasarkan fatwa ulama yang diakui dan diguna  pakai di Malaysia ini menyebut; anak yang lahir selepas usia perkahwinan enam bulan qamariah hanya boleh dibin atau dibintikan kepada lelaki yang membuntingkan si ibu jika kecelaruan yang berlaku yakni hamil dulu sebelum nikah tidak diketahui um

Lantaran itu, jika si anak lahir selepas usia perkahwinan enam bulan, secara automatik si anak akan dibin atau dibintikan dengan si ayah yang wujud dalam daftar perkahwinan yang dibekalkan ketika proses mendaftarkan nama bayi.

Sebaliknya jika anak tersebut lahir sebelum genap usia perkahwinan ibu bapanya enam bulan, maklumat si bapa akan diletakkan sebagai 'tidak berkenaan".

Tetapi, fakta utama yang perlu difahami, walau nama si ayah diterima dalam daftar surat lahir tetapi sememangnya anda sebagai ibu dan bapa memaklumi si anak tadi adalah anak yang terhasil daripada hubungan sebelum nikah, si anak tetap tidak boleh dibin atau dibntikan kepada si ayah tersebut dalam urusan nikah anak itu pula satu masa nanti.

Si anak hanya boleh dibin atau dibintikan kepada Abdulllah. Si lelaki yang membuntingkan juga tidak wajib menanggung nafkah si anak malah andai tidak berlaku perkahwinan antara si lelaki dengan si ibu, si anak jika perempuan, halal berkahwin dengan si lelaki yang menyebabkan dia lahir ke dunia kerana Islam tidak mengiktirafkan si lelaki sebagai ayahnya.

Sesungguhnya, permasalahan ini amatlah berat. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu,bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah” cepat-cepat pasangan yang berzina itu dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila. Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting.

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tok-tok imam, tok kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius ! fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah…”sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam”…..WAHAI PARA SAHABATKU… ..INSAFI LAH DIRI…..

USTAZ ROSLI AL HAFIZ
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda