Tragedi Wartawan Dedah Detik Sayu Suami Dan Anak Ustazah Maut Dilanggar GoKart

Tragedi Wartawan Dedah Detik Sayu Suami Dan Anak Ustazah Maut Dilanggar GoKart

Keriangan sekumpulan penonton yang menyaksikan perlumbaan Educational Innovation Motorsport Automotive Race (EIMARace) di Indera Mahkota, di sini, bertukar tragedi apabila dua beranak maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas dirempuh sebuah go-kart, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam,kesemua mangsa bersama-sama penonton lain sedang menyaksikan acara bagi kategori 131cc semasa lap ketujuh.

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali mengesahkan seorang bapa, Izwan Isa, 39 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya Siti Zulaikha, 4 tahun meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). 


Seorang lagi anak Izwan, Muhammad Izz Danial, 7 tahun yang tercedera dalam kejadian itu masih dirawat di hospital berkenaan dan di laporkan stabil.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, Izwan yang bekerja sebagai peyelia sebuah kilang di Gebeng bersama isterinya Siti Suhaiza Seman, 38 tahun dan dua anak mereka serta beberapa penonton lain difahamkan menyaksikan perlumbaan dalam kawasan "line race" dengan hanya dipisahkan oleh penyadang plastik.




Kesemua mangsa dilaporkan tidak sempat menyelamatkan diri apabila go-kart itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebahagian daripada mereka. 

Memetik laporan Sinar Harian, Supt Mohd Noor Yusof Ali memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian membabitkan tiga buah go-kart dan salah sebuah go-kart telah bergesel sesama sendiri semasa di litar tersebut dan salah sebuh kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu berusia 25 tahun telah terbabas dan melanggar keluarga tersebut.



Contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu yang terlibat dalam kemalangan ini akan diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia dan siasatan akan diteruskan dibawah Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan. 

Difahamkan, susulan kejadian itu, pertandingan bagi kategori 250cc dibatalkan. Beberapa keping gambar dan video kemalangan ini turut tersebar menjadi viral di media sosial. Rata-rata netizen menuding jari kepada pihak pengurusan program ini yang disifatkan tidak mengutamakan keselamatan.
loading...

0 comment... add one now