10 Tip Mudah Hilangkan Lendir Bendi

Lendir pada bendi adakalanya akan menimbulkan rasa yang tidak selesa sewaktu mengunyah. Kadangkala boleh menyebabkan tercekik dan hal ini pastinya merbahaya. Sebenarnya masih terdapat beberapa cara untuk menghilangkan lendir bendi dan pastinya hanya menggunakan barang-barang yang mudah didapati dari dapur anda.


1. Basuh Bersama Asam Jawa

Sebaik sahaja anda memotong bendi, basuhkan bendi bersama dengan air asam jawa. Boleh juga rendamkan bendi seketika dengan air asam jawa untuk hilangkan lendir.

2. Gaul Dengan Garam

Selepas memotong bendi, cuci dan bersihkan bendi seperti biasa. Ambil garam secukupnya dan gaulkan. Biarkan seketika dan cuci terlebih dahulu sebelum masak. Perhatikan lendir pada bendi sudah berkurangan.


3. Rendam Bersama Cuka Makanan

Rendam bendi yang telah dipotong bersama dengan 2 sudu cuka makan. Biarkan selama 5 minit. Kemudian rendam airnya dan rendam kembali dengan air biasa. Ramaskan bendi dan buangkan lebihan lendir yang masih ada. Toskan semula dan cuci lagi sebelum digunakan untuk memasak.

4. Rebus

Salah satu kaedah yang tanpa memerlukan beberapa cara diatas adalah dengan merebus. Gunakan teknik memasak yang melibatkan proses merebus seperti singgang, masak asam pedas dan kuah kari.

5. Masukkan Asam Keping Dalam Masakan

Cara ini amat sesuai buat kamu yang menggunakan teknik menggoreng seperti membuat sambal untuk memasak bendi. Caranya masukkan asam keping. Lendir tersebut akan berkurangan.

6. Pecahkan Telur

Juga boleh dipraktikkan dalam masakan bergoreng. Masukkan bendi terlebih dahulu selepas menumis bawang kemudian pecahkan telur. Goreng dan gaul bendi seperti biasa mampu menghilangkan lendir.

7. Lapkan

Kadangkala beberapa teknik diatas seperti merendam dengan air asam jawa dan menggaulnya dengan garam mampu menghilangkan rasa ‘manis’ atau rasa semulajadi pada bendi. Cara ini mungkin agak remeh tetapi bolehlah dicuba bagi mengekalkan rasa bendi. Caranya belahkan bendi terlebih dahulu. Bersih dan toskan. Kemudian biarkan bendi bertapis dalam bekas berlubang. Ambil kain yang bersih dan lapkan tengah-tengah bendi.

8. Goreng Kering

Selepas dipotong dan dibersihkan. Goreng bendi didalam kuali tanpa minyak. Sehingga bendi menjadi kering dan tidak mengeluarkan lendir lagi.

9. Basuh bendi terlebih dahulu

Sebelum dipotong dan disiang. Basuh bendi terlebih dahulu kemudian sejatkan dalam penapis. Bila air benar-benar kering barulah bendi dipotong. Tak perlu membasuh lagi bendi selepas dipotong.

10. Jangan Potong Bendi Terlalu Awal

Potong bendi sewaktu kuah betul-betul menggelegak atau sewaktu kita benar-benar hendak masukkannya dalam masakan. Cara ini adalah untuk membiarkan bendi mengeluarkan lebih banyak lendir selepas dipotong dan dibiarkan terlalu lama.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda